Movie Review : A Boy Called Po
Saya kongsikan Movie Review : A Boy Called Po yang saya tonton di Astro Fox Family Movies minggu lepas. Filem ini adalah satu kisah seorang bapa yang membesarkan anaknya selepas kematian isterinya. Bekerja sebagai jurutera yang sedang menyiapkan kertas cadangan untuk hybrid kan kapal terbang, David Wilson sangatlah sibuk tetapi berkeras untuk menjaga sendiri anaknya, Patrick atau lebih gemar dipanggil “Po”.

Sinopsis filem ini adalah the struggle of an austisme dad untuk membesarkan anak beliau secara sendirian. Berdepan dengan masalah buli, Po yang sangat rapat dengan ibunya namun tidak dapat menyuarakan rasa kehilangan beliau kepada bapanya. Mereka berdua berjuang untuk menangani masalah kehidupan mereka dengan cara yang tersendiri tetapi mereka mula terpisah dan tenggelam dalam dunia masing-masing.
Po yang belajar di aliran perdana mula menunjukkan masalah apabila beliau kerap dibuli sehinggakan bapanya mengeluarkan beliau dari sekolah biasa dan memasukkan Po ke sekolah khas untuk anak-anak autisme. David ingatkan Po akan bertambah baik tetapi rupa-rupanya Po tidak sesuai dengan sekolah itu dan menjadi lebih terasing dan murung.

Po melarikan diri dari sekolah dan pergi ke satu tempat kegemaran beliau yang selalu dilawati bersama ibunya. Barulah David faham yang Po sebenarnya merindui ibunya dan berjanji akan menemukan Po dengan isterinya dan membawa Po ke kubur ibunya.
Ada satu ungkapan yang selalu Patrick “Po” sebut iaitu “Don’t be afraid Daddy.” David tak faham apa maksud Po sehinggalah beliau bertanya kepada Po, “Apa yang tak patut saya geruni?”
Po menjawab, “Jangan takut dengan saya, Daddy. Saya tak mau orang takut dengan saya.”
Filem jni menceritakan pergolakan dalam minda Po dan bagaimana dalam mindanya, beliau ada kawan iaitu Amelia dan Captain Jack selalu bertanya soalan kepada Po dan beliau menjawab mengikut lojik beliau. Ini adalah escapism method yang Po gunakan apabila beliau dibuli di sekolah dan apabila beliau rasa, ayahnya tak memahami Po.
Apa yang saya belajar dari kisah ini adalah fokus kepada kelebihan kita. Jangan takut. Jangan takut. Jangan takut. Buat apa yang kita rasa terbaik untuk situasi kita. Dalam teledrama ni, David cuba untuk beri yang terbaik untuk Po sehingga beliau sanggup untuk berhenti kerja walaupun idea pembentangan beliau disukai oleh pihak majikan beliau.
Beliau sanggup berkorban dan beliau membuat keputusan atas dasar “what’s best for Po”. Dan ending filem ni memang lain.
Po ni walaupun autisme masih boleh membaca dengan baik dan Po sangat suka membaca suratkhabar Wall Street Journal. Dia boleh buat analisa tentang pasaran saham.
Rupa-rupanya Po telah melaburkan wang simpanan ayahnya dan telah kembangkan duit ayahnya dari USD20,000 ke USD400,000!
So gais, kita fokus pada kekuatan kita ya. Buat keputusan berdasarkan apa yang terbaik buat kita pada masa itu. Usaha dan tawakal. Itu yang patut kita buat dan pegang.
Seperti sabda Nabi SAW :
لَوْ أَنَّكُمْ تَتَوَكَّلُونَ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرَزَقَكُمْ كَمَا يَرْزُقُ الطَّيْرَ تَغْدُو خِمَاصاً وَتَرُوحُ بِطَاناً
Maksudnya: “Seandainya kamu semua benar-benar bertawakkal pada Allah, sungguh Allah akan memberikan kamu rezeki sebagaimana burung mendapatkan rezeki. Burung tersebut pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali petang harinya dalam keadaan kenyang.”
Riwayat Ahmad (1/30), al-Tirmizi (2344), Ibn Majah (4164), Ibn Hibban (730) dan al-Hakim (7894).
Semoga bermanfaat!