Alhamdulillah. Itu sahaja yang dapat saya ucapkan selama saya di hospital dan selepas discaj.

Banyak perkara yang saya abaikan (baca : take things dor granted) namun Allah itu Maha Pengasih. Diberinya saya sedikit ujian, agar saya kembali kepada-Nya.

Episod sakit tu saya akan ceritakan di post lain. Ini untuk ingatan saya dan juga saya berdoa agar ianya menjadi sedikit bermanfaat buat semua.

Tapi, kali ni setelah 10 hari ‘mengurung diri’ dan on medical leave, kami berdua keluar dari kepompong dan pergi ke Al-Rawsha Shah Alam untuk memenuhi jemputan Ayah Ngah.

Ini juga kali pertama kami ke sana, so memang excitedlah. Tapi perjalanannya agak jauh walaupun dalam district yang sama iaitu Shah Alam.

Kelakarnya, walaupun dalam Shah Alam, tapi kami ikut 3 highway untuk sampai. Semuanya sebab WAZE.

Mula-mula ikut Guthrie (GCE). Itu biasalah sebab malas nak lalu jalan dalam. Ini memang route kami kalau keluar. Tol cuma RM1.90 sahaja.

Kemudian WAZE tunjuk ke NKVE. So, keluar GCE terus masuk NKVE ikut Shah Alam. Kena menghala ke Bukit Raja/Klang. Exit dan tol bernilai RM1.60.

Ha….kat sini kami salah sebab terlepas simpang ke I-City. Waze pulak baru update di handphone, jadi ada sedikit confuse sebab setting macam tak betul aje.

Terpaksa masuk ke Federal Highway dan bayar RM1.00 untuk Tol Sungai Rasau.

Dan terpaksa menempuh trafik yang sesak di kawasan JAKEL Shah Alam tu. Peliklah pemandu-pemandu di sana. Dengan traffic light, dengan simpang keluar dari SHELL/McD tu, dengan simpang ke UiTM yang drivernya duduk lane UiTM tetapi sebenarnya nak terus. Scary betul sebab nak kejar hijau, tapi kena aware dengan kereta dari kiri kanan yang sesuka hati masuk/cilok tak kisah orang lain. Nasib baik tekanan darah masih maintain. Hehehe.

Alhamdulillah, selamat sampai dan parking dalam kawasan Al-Rawsha.

Memang gah lah Al-Rawsha ni, yang dibina di atas kawasan lapang. Macam istana lama yang menjadi trademark Al-Rawsha ni. Cuma untuk Shah Alam ni agak kecik, yelah kawasan pun tak besar, kan? Saya bayangkan kalau waktu Ramadhan, mesti sesak penuh kat sini.

Sumber dari Google

Sebab kami ke sana untuk dinner, jadi takdelah gambar. In fact, memang tak bergambar langsung semalam. Semuanya sibuk berbual dan makan. Dah lama tak berjumpa walaupun semuanya duduk sini.


Antara menu semalam ialah Mix Appetizers. Dalam hidangan ni ada 5 menu dan dihidangkan bersama dengan roti. Roti Arab ni sebesar pinggan yang besar giler. Hehe sesuailah kalau makan beramai-ramai. Kalau seorang, tak boleh order Nasi atau menu lain. Makan ni je dah kenyang.






Dalam Mix Appetizers ni ada Tabbouleh iaitu campuran Parsley, Bawang Merah, Tomato dan Minyak Zaitun. Sedap makan dengan roti arab tu. Tak rasa sangat parsley dan tomato sebab dicincang halus. Minyak zaitun tu melekatkan semua bahan lain dan berikan rasa yang unik kepada sayuran.


Menu kedua dalam Mix Appetizers ni adalah Hummus. Kacang Kuda, Minyak Bijan, Minyak Zaitun dan Lemon. Rasanya macam kita makan kacang kuda rebus tu, cuma taklah kering sangat sebab ada minyak.


Menu ketiga ada Moutabel. Ni rasa masam sikit sebab Terung, Lemon, Minyak Zaitun dan Bawang Putih. Maybe Lemon tu banyak sangat, tu yang masam tu.


Menu keempat ni best, first time saya rasa. Nampak menarik sebab macam Botok-Botok, yang daun-daun ada inti lepas tu dikukus. Rupanya daun tu adalah Daun Anggur, dalam tu disumbat Nasi, Tomato dan Minyak Zaitun. Semangat saya rasa, sekali masam! Hahaha itu pun kongsi separuh dengan ayah. Ayah pandai, dia dah tahu masam, cuma makan intinya saje.


Last sekali, ada Popia Goreng dalam  Mix Appetizers ni.


Patutlah namanya  Mix Appetizers, rupanya ia adalah gabungan Cold Appetizers dan Hot Appetizers. Yang hot tu cuma popia je. Yang 4 menu tu semuanya cold.


Masih dalam Appetizer Menu, Ayah Ngah order juga 1 Hot Dish iaitu Lady Fingers With Tomato. Ha, yang ni sedap jugak cuma ada BOOBY TRAP (jerangkap samar). Saya ambil sesudu dan terus masuk mulut dan terkena booby trap tu. Pedas giler sebab termakan CILI PADI. Saya memang tak perasan cili padi tu sebab dia dah macam bersalut ayam dengan bawang. Tapi dalam menu, takde pulak tulis cili padi, cuma ada Bendi, Tomato, Bawang Merah, Tomato Puree dan rempah-rempah. Maybe rempah tu termasuk cili kot.


Satu lagi menu malam tadi adalah One Kilo Mixed Grilled. Pergh memang sedap sebab ada Ayam, Daging Lembu dan Shish Tawook. Ada fries juga dalam talam ni. 


Dah selesai makan pembuka selera, datanglah pulak Nasi Mandy. Besar macam ni katanya untuk 5 orang makan. Dia satukan 5 pinggan nasi dalam satu talam. Ayah Ngah order lauk Ayam dan Kambing sebab dia tahu, peminat kambing memang ramai.


Sumber : Google

Sumber : Google

Datangnya macam gambar atas ni, talam/dulang cantik ni. Katanya untuk 5 orang, tapi memang banyak! Dahlah dah makan Appetizers tadi, so rasa saya 1 talam ni 10 orang makan. Nasib baik datang 2 talam je, kalau Ayah Ngah order ikut jumlah 20 orang atau 4 talam, memang pengsan.

Air pulak, Ayah Ngah order Jus Mangga dan Ice Lemon Tea.At the same time, kami boleh order air ikut suka. Saya order Jus Nenas tanpa gula dan Jus Belimbing untuk suami. Jus Nenas tu sedap walaupun takde gula sebab nenas tu dah masak, so memang manislah. Jus Belimbing juga sedap tapi gulanya memang banyak. Macam mana kami tahu?

Sebab lepas makan semua menu tadi, sambil berborak, Ayah Ngah order pulak Mix Fruits dan Milk Tea in a Pot. Milk Tea ni rupanya Teh Halia. Saya tak rasa langsung, takut angin walaupun ada Halia dalam tu.

Mix Fruits ni datang dalam talam kecil, hehe pinggan la. Ada Tembikai, Belimbing, Tembikai Susu dan Oren. Bila makan belimbing dalam Mix Fruit ni, rasanya agak masam, macam belum masak sangat belimbing ni. So kami agak, yang Jus Belimbing tu ada banyak gula atau memang gunakan belimbing masak untuk Jus.

Anyway, memang best gathering kali ni untuk pembukaan 2016 ni. Biasanya kami ada buat gathering untuk celebrate birthday kami berdua in January, tapi kali ni sebab busy sangat, tak sempat nak buat.

Plus it was a good way untuk start living again selepas scary episode minggu lepas.

Saya sangat bersyukur dengan kesempatan kedua yang Allah berikan kepada saya.

Tambahan lagi, ada penambahan dalam keluarga Haji Sarman dengan Ashraf dan Nadia dapat Baby Alya Ariana. Dapat tengok Baby Rania yang semakin membesar. Hadwan yang semakin bijak selepas ke sekolah awal tahun ini. Dengan keletah Ahmad Zyad yang merajuk dengan Tok Ayah yang suka menyakat.

Rindu dengan Ayah dan Mak sebab sejak di hospital, saya tak jumpa Ayah yang jugak tak berapa sihat. Dapat duduk sebelah Ayah, memang banyak berborak berdua aje sambil layan Ayah makan. Sendukkan makanan siap share lagi, dan juga tuangkan air untuk Ayah. Jumpa Mak sekali je masa dalam hospital, tapi bercakap dengan Mak memang setiap hari.

Syukur sangat atas peluang ini. Masa ni, saya makan untuk rasa sahaj, bukan makan sebab ikut nafsu. Banyak juga tips saya dapat untuk jaga kesihatan saya. Dari makcik pakcik, dari cousins, semuanya saya ambil agar kesihatan saya bertambah baik. Dan juga semakin kurus. Hehe. Insyaallah.


Al Rawsha
No. 2 Jalan Platinu G 7/G
Seksyen 7
40000 Shah Alam

Landmark : Bersebalahan Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor