PAGI YANG HENING.


Kembali ke Kelab 4 pagi. Terima kasih Ya Allah. ‘Berehat sebentar’. Hari ini saya komited dalam melaksanakan aktiviti Kelab 4 pagi.


Satu perkara saya belajar dari CikPuan Suraya Ali, untuk mengekalkan semangat dan positif diri yang tinggi sentiasa, bacalah kalam Allah. 


Allahu Akbar! 


Saya buka sahaja, tanpa tetapkan nak baca surah mana, surah senang sahaja. Tidak. Hanya terus buka dan baca.


Allahu Akbar!


‘Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah sentiasa mengetahui apa yang mereka RAHSIAKAN serta apa yang mereka BISIKKAN, dan bahawanya Allah Maha Mengetahui akan perkara-perkara ghaib?’
(Surah Al-Taubah ayat 78)


Ampunkan aku Ya Allah.