
Pakaian Muslimah Cetusan Hatie Usahawan PeDAS
Sejak beberapa tahun lepas, pakaian yang mematuhi syariah semakin menjadi pilihan. Banyak butik mula memfokuskan kepada pengeluaran pakaian-pakaian yang dikatakan patuh syariah, termasuklah pakaian muslimah Cetusan Hatie usahawan PeDAS yang dinaungi oleh MDEC.
Baca mengenai baju menyusu patuh syariah di sini.
Apa yang menarik tentang Cetusan Hatie adalah mereka memperkenalkan produk-produk pemakaian patuh syariah untuk seisi keluarga berdasarkan rekaan yang berkonsepkan kekeluargaan.
Apa yang dimaksudkan di sini adalah Cetusan Hatie ada mengeluarkan pakaian ibu dan anak yang sedondon serta pakaian sedondon untuk satu keluarga lelaki dan wanita. Tetapi pakaian sedondon ini banyak dikeluarkan semasa perayaan Hari Raya sahaja.

Tips tips memilih pakaian muslimah ada di sini.
Cetusan Hatie juga turut memenuhi keperluan pengguna untuk berpakaian mengikut hukum syarak. Setiap produk yang dikeluarkan direka dengan rekaan yang fleksibel dan corak-corak yang terkini dan menjadi pilihan pelanggan.
Selain itu, dalam mematuhi peraturan pemakaian pakaian muslimah, apa yang penting adalah pakaian tersebut mestilah menutup aurat. Bagi produk-produk pakaian wanita keluaran Cetusan Hati, seperti blouse dan jubah, ianya direka dengan pematuhan peraturan-peraturan syariah iaitu labuh dan longgar serta tidak jarang.
Wanita juga dinasihatkan untuk bersederhana dalam berpakaian. Maksud bersederhana adalah tidak berlebih-lebihan dan tidak membazir.

Pakaian muslinah juga perlu meninggalkan pakaian yang diharamkan oleh Islam. Bagi orang lelaki, mereka adalah dilarang keras atau diharamkan untuk memakai pakaian atau perhiasan yang diperbuat dari sutera dan emas. Untuk wanita pulam pakaian mereka tidak boleh menyerupai kaum lelaki. Dan pakaian yang dibeli hendaklah menggunakan hasil atau sumber yang halal.
Cara untuk mendapatkan Pakaian Muslimah Cetusan Hatie Usahawan PeDAS adalah seperti berikut :
Semoga bermanfaat!