Pembekal Madu Kelulut Perak Trigona Bee Honey PeDAS

Apabila saya keputusan bekalan madu asli, memang terasa tak best sangat sebab biasanya kalau batuk dan cirit-birit, memang saya akan makan madu dulu. Bila batuk atau cirit-birit tak reda, barulah pergi jumpa doktor. Sebab dah terbiasa dari kecil, try dulu makan madu then baru pergi jumpa doktor. Dan memang dah terbukti secara saintifik yang madu boleh membantu dalam keradangan tekak dan juga membersihkan racun dari tubuh badan kita. Jadi boleh bayangkan betapa gembiranya saya bila saya dapat berkenalan dengan pembekal madu kelulut Perak Trigona Bee Honey PeDAS. PeDAS adalah singkatan bagi Program Perkhidmatan E-Dagang Setempat yang dianjurkan oleh MDEC.

Pembekal Madu Kelulut Perak Trigona Bee Honey

FZ Agro Products and Services merupakan pembekal madu kelulut dari Semanggol, Perak di bawah jenama Trigona Bee Honey. FZ Agro Products and Services adalah penternak dan pembekal madu kelulut asli dan produk hiliran iaitu sabun kecantikan berasaskan madu kelulut, propolis, roti lebah, minyak kelapa dara dan kulit kayu manis.

Bacalah kisah pembekal madu kelulut di sini.

Trigona Bee Honey Natural Madu Kelulut adalah makanan tambahan yang organik dan asli untuk kesihatan seisi keluarga. Ia juga merupakan makanan sunnah dan telah diiktiraf sebagai “Superfood Malaysia” bertaraf antarabangsa yang sangat sesuai untuk diamalkan oleh setiap lapisan usia. 

Trigona Bee Honey Natural Madu Kelulut yang dituai segar dari ladang sendiri di Semanggol, Perak ini telah mendapat pensijilan HALAL oleh JAKIM sejak tahun 2014. Madu-madu ini dikendalikan secara bersih, halal dan selamat, tidak diproses dan tiada sebarang bahan tambahan.

Pembekal Madu Kelulut Perak Trigona Bee Honey

Terdapat dua jenis madu kelulut yang dijual oleh FZ Agro Products and Services iaitu madu kelulut dari spesies Heterotrigona Itama dan dari spesies Geniotrigona Thoracica, dua spesies lebah kelulut yang menghasilkan madu dan yang berbeza segi saiz dan warna. Madu kelulut rasanya sedikit masam manis dan cair sedikit berbanding madu lebah biasa yang lebih manis dan pekat. Ia juga mengandungi asid fenolik yang bermanfaat kepada manusia dan kandungan antioksidan yang lebih tinggi berbanding madu lebah biasa.

Madu kelulut dari spesies Itama di jual pada harga RM40 sebotol bagi berat 120 gram dan RM100 sebotol bagi 400 gram. Manakala, madu kelulut spesies Thoracica berharga RM50 sebotol bagi berat 120 gram dan RM120 sebotol bagi berat 400 gram.

Pembekal Madu Kelulut Perak Trigona Bee Honey

FZ Agro Products and Services memberikan jaminan madu kelulut berkualiti premium dengan harga mampu milik. Ditambah pula dengan warna label yang menarik dan lengkap dengan maklumat pemakanan serta produk yang dibungkus dengan kemas memudahkan penghantaran yang cepat kepada pengguna.

Baca khasiat madu kelulut asli di sini.

Ada 4 cara untuk dapatkan Madu Kelulut keluaran FZ Agro Products and Services iaitu :

Cara pertama, dapatkan di kedai mereka yang beralamat di :

FZ Agro Products and Services, 

Lot 6400 A, Jalan Bukit Merah, Kubu Gajah,

34400 Semanggol, Perak.

Whatsapp : FZ Agro Products

Cara kedua di Shopee – FZ Agro Products and Services.

Cara ketiga adalah di FB – FZ Agro Products and Services.

Cara keempat adalah di IG – @fzagro.hq

Semoga bermanfaat!