Mak saya suka sangat kerepek sebagai snek harian. Bulan lepas, kami memesan tempeyek kacang tanah sebanyak 5 kilogram sebagai kudapan kami. Tempeyek datang dalam beg plastik besar dan saya masukkan ke dalam balang-balang kecil dan Tupperware bagi memudahkan hidangan dan menjaga kualiti tempeyek agar tetap rangup. Tapi masalahnya, bila dah habis, kami kena tunggu sampai adik ipar balik Kedah baru dapat stok. Hahaha jadi sekarang kami sudah keputusan bekalan snek. Sebab yang saya hanya tahu, untuk dapatkan kerepek yang sedap hanyalah yang dipesan dengan adik ipar atau pun kena pergi ke Banting untuk dapatkan bekalan dengan harga borong. Tetapi apabila bertemu dengan Pemborong KerepekMART Shah Alam PeDAS, memang happylah saya dan keluarga saya. Hahaha. Dah tak perlu tunggu lama untuk dapatkan stok, atau ke Banting yang jarak perjalanannya sejauh 1 jam pemanduan , dah boleh terus pesan je dengan mereka.

Pemborong KerepekMART Shah Alam

Siapa mereka itu?

MF Kerepek Mart merupakan PEMBORONG kudapan kering seperti Kerepek dan Kacang yang telah beroperasi sejak dari tahun 2017 lagi. Dengan 3 tahun pengalaman, MF Kerepek Mart memberi jaminan bahawa mereka akan memulangkan kembali wang kepada pelanggan sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan kerepek dan kacang yang MF Kerepek Mart bekalkan.

Baca tentang Pembekal Door Gift Kerepek di sini.

Mengapa mereka yakin dengan jaminan wang dikembalikan?

Ini kerana MF Kerepek Mart menjual pelbagai jenis kerepek yang di ambil dari kilang-kilang bumiputera muslim dan yang pastinya produk-produk tersebut bersih dan fresh.

Apakah yang membezakan MF Kerepek Mart dengan pesaing?

Mereka hanya memborong dan menjual kerepek-kerepek yang sedap sahaja dan digemari pelanggan. Semua pesanan boleh di custom made dan dibungkus dari sebesar-besar 5 kilogram sehingga sekecil-kecil 50 gram mengikut permintaan pelanggan.

Maknanya, kalau kita nak jadikan kerepek dan kekacang tu sebagai door gift, boleh minta MF Kerepek Mart bungkus kecil-kecil. Mereka akan menggunakan mesin sealer untuk memastikan kerepek dan kekacang kekal rangup dan berkualiti. Mesin sealer mereka pun automatic dah, stail industri punya, bukan yang sealer kegunaan rumah yang tekan sendiri tu.

Atau kalau kita nak berniaga kecil-kecilan, boleh minta mereka pack kecil-kecil serendah RM1.00. Atau beli pek besar 5 kilogram dan bungkus semula. Lepastu boleh jual dekat pantry office, atau pada kawan-kawan buat ubat mengantuk. Hehe.

Baca Resepi Kerepek Pisang Rangup beserta tips-tips di sini.

Sekiranya ingin memborong pelbagai jenis kerepek dan kekacang yang bermutu dan berkualiti tinggi dengan jaminan wang dikembalikan, boleh hubungi Pemborong Kerepek MART Shah Alam PeDAS melalui saluran berikut:

Whatsapp – MF Kerepek Mart

Facebook – MF Kerepek Mart

Instagram – MF Kerepek Mart

Semoga bermanfaat!