Pengalaman Malindo Air dengan BERKERUSI RODA

Hari Isnin lepas, saya ambil annual leave dan teman ayah ke Pejabat Tanah & Galian Johor di Nusajaya.


Jadi, kami ke JB dengan kereta. Tumpang adik yang bekerja di Desaru. Nanti lepas settle semua kat Nusajaya, adik akan hantar ke Senai dan adik teruskan perjalanan ke Desaru. Adik pun ambil cuti untuk uruskan hal-hal tanah ayah tu.


Bertolak dari Putrajaya jam 6.45pagi. Stop kejap kat Seremban R&R untuk isi minyak dan kami teruskan perjalanan hingga ke R&R Machap.


Satu pesanan sayalah, berdasarkan pengalaman di R&R Machap ni. R&R Machap ni tengah upgrade, so toilet dia tutup. Rasanya macam ada toilet sementara tapi tak nampak pulak kat mana. Tapi, boleh pergi toilet kat Shell dan Petronas kat situ.


Satu lagi, saya rasa macam tak bersih lah kawasan sini, maybe sebab tak ramai yang singgah, jadi macam kebersihan pun tak dititikberatkan.


Gelas atau mug air tu berkerak kat luar, tanda tidak disental, mungkin hanya sekadar basuh sahaja. Saya tak lalu nak gunakan mug tu, saya mintak ais dan straw dan tuangkan Nescafe ke dalam gelas lain.


Meja pun lambat dikemaskan. Bila dah lap pun, kita rasa kain lap tu tak dibersihkan. Entahlah.


Biasanya kami berhenti di R&R Pagoh, tapi masa lalu Pagoh tu, ayah tengah tidur, jadi malaslah nak berhenti dulu. Nanti ayah tak cukup rehat pulak, sebab memang time dia tidur biasanya.


Kalau ada parents yang gunakan wheelchair pun, bertabah sikit menolak mereka sebab R&R ni berada atas bukit, so kekuatan dan stamina kena ada untuk menolak mereka hehe.


Okay, ni cerita masa balik. Kami balik dengan Malindo Air, laluan JHB – KLIA.


Memang pilih KLIA walaupun Subang Skypark lebih dekat. Sebabnya adalah ayah sekarang gunakan wheelchair. Jadi kalau turun KLIA, biasanya kapal terbang jenis Boeing. Besar. Dan kalau besar, akan ada aerobridge. 





Senanglah ayah nanti, tak perlu naik tangga kalau kapal terbang ATR. Walaupun tak tinggi, dalam 7 steps je, kesian la dia kena berjalan.

Sumber : Google



Tapi, tengahari tu, adik dapat call dan sms, katakan yang flight ke KLIA pukul 6.00pm tu cancel. Diganti dengan naik flight ke Skypark jam 6.15pm.


Alamak, maknanya kami naik airplane yang ATR ni. Maknanya ayah kena naik tangga. Ayah kata, boleh, cuma kena sabar sikitlah.


Masa check-in, dah sesiap bagitahu yang ayah guna wheelchair sendiri. So staf Malindo Air akan tag kan wheelchair dan tongkat ayah ke boarding pass kita. Jangan lupa tau bagi yang parents guna tongkat atau wheelchair. Nanti leceh kat security check tu.


Kami boarding jam 4.30pm. Malas nak tunggu kat bawah tu, panaslah. Lagipun adik nak balik ke Desaru, kesian pulak kalau lewat sangat. Lagipun, nak rehat kat dalam tu. Okaylah.


Bila dah time nak ke Gate, kami pun pergi ke Gate 5. Nampak dah kena turun tangga. So, tunggu staf Malindo Air untuk uruskan kami.


Carik jugak kat mana nak turun, kat mana lif, tapi tak nampak. Takkan nak turun ke area Security balik. Rupanya, kena lalu area Imigresen, turun lif dan keluar ikut area Bagasi. Hahaha pengalaman betul.


Saya tolak ayah laju-laju sampai risau adik Malindo tu. Hahaha bukan apa, hari nak hujan. Selagi kami tak settle, selagi tu passenger lain tak boleh board aircraft tu. Dahlah kena berjalan, kalau hujan, walaupun ada payung, kesian mereka.


Sampai je aircraft, ayah terus berdiri. Alhamdulillah dia okay, so dia start panjat tangga dan naik atas. Ground Staf Malindo tengok dari bawah je, sebab maybe dia tak boleh naik aircraft. Stewardess standby kat atas, dah sesiap nak pegang ayah.


Saya kat bawah sibuk tutupkan wheelchair ayah, nak serah pada Luggage Man untuk simpan kat perut kapalterbang. Saya siap aje tutup wheelchair dan angkat bag , ayah dah sampai atas. Stewardess terus pegang ayah dan bantu ke kerusi.


Alhamdulillah, Ground Staf bagi kami seat 18. Bahagian belakang, seat ketiga, so ayah tak payah jalan jauh sangat untuk ke seat. Even tongkat ayah pun stewardess simpankan kat belakang. Senang sikit.


Elok je kami duduk, passenger lain pun naik. Kami dah relaks dan sibuk mengipas sebab berpeluh tolak wheelchair. Hahaha.


Masa landing, Stewardess dah pesan, yang kami kena turun last. Memang itu prosedur mereka, and we are fine with it. Biar semua turun dulu, senang sikit sebab ambil masa kan nak bangun, nak turun tangga dan bukak wheelchair.


Alhamdulillah, again staf Malindo Air memang bagus. Dah siapkan wheelchair ayah dah. Tak payah saya nak bukakkan. 


Sebabkan kami yang last turun, dah takde orang dah kat tarmac tu. So kami pun bergambar. Hehehe.