Baihaq Enterprise merupakan pengeluar minyak VCO Perak Baihaq usahawan PeDAS yang dibimbing oleh MDEC. Telah beroperasi lebih 2 tahun, Baihaq Enterprise telah berjaya mengeluarkan minyak kelapa dara berkualiti tinggi tanpa menggunakan penghabaan mesin. Bagi menghasilkan virgin coconut oil atau ringkasnya VCO, Baihaq Enterprise hanya memilih dan menggunakan buah kelapa yang berkualiti tinggi sahaja.
Baca tentang Minyak Kelapa Dara Baihaq di sini.
Walapun nama yang diberikan adalah minyak kelapa dara, buah-buah kelapa yang digunakan bagi menghasilkan minyak kelapa dara ini menggunakan buah kelapa tua ataupun yang telah matang. Nama dara itu digunakan kerana ianya diproses tanpa menggunakan haba atau kimia. Dan ianya diproses menggunakan proses khusus yang tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa itu. Sebab itulah minyak kelapa dinamakan sedemikian.
Minyak ini mempunyai tahap asid laurik yang tinggi. Apakah itu asid laurik? Asid laurik ataupun asid dodekanoik merupakan sejenis asid karboksilik serta sejenis lemak tepu dengan 12 atom karbon. Garam-garam dan ester yang terbit daripada asid ini dipanggil sebagai laurat [1].
Asid laurik ini diperlukan bagi membantu mencegah virus dan bakteria berbahaya seperti influenza, herpes, dan lain-lain penyakit. Ia juga membantu meningkatkan sistem pertahanan di dalam badan apabila diambil secara konsisten. Walaupun fungsinya secara tepat tidak diketahui, ia telah banyak digunakan dalam Ayurveda iaitu kaedah perubatan tradisional di India.
Baca kebaikan minyak kelapa dara Baihaq di sini.
Kata Pakar,
“Belum pernah dalam sejarah manusia betapa pentingnya untuk menekankan nilai minyak asid Laurik. Minyak Kelapa Dara (MDK) mengandungi medium chain triglyceridus (MCT) yang hampir sama dengan lemak yang terdapat dalam susu ibu. MCT mempunyai kesan nutrien yang sama dengan susu ibu.”
~ Prof. Dr. Jon J. Kabara, Ph.D Professor Emeritus Michigan State University ~
Minyak kelapa dara kini dikenali sebagai minyak treatment (perubatan). Sebagai Pengeluar Minyak VCO Perak Baihaq telah dihasilkan secara turun temurun dan bukan lah daripada yang dimodenkan dengan pengunaan mesin dan campuran kimia. Minyak kelapa dara Baihaq ini berbau harum seperti kelapa asli dan ini menunjukkan bahawa ianya adalah minyak yang terbaik. Ini kerana sekiranya minyak kelapa dara itu berbau tengik dan susah ditelan, ini menunjukkan minyak itu sudah rosak akibat teroksida dengan udara.
Apakah cara untuk mendapatkan Minyak Kelapa Dara Baihaq PeDAS?
Pertama, dapatkan di Facebook jualan mereka – Baihaq VCO.
Kedua, di Instagram Baihaq VCO.
Ketiga, pesanan melalui Whatsapp Baihaq VCO
Alamat kedai mereka di sini.
No 123, Kampong Samagagah Selinsing
Simpang Empat
34400 Semanggol
Perak Darul Ridzuan
Semoga bermanfaat!