Menurut Statistik Jabatan Pertanian, Pahang merupakan negeri yang mempunyai keluasan tanaman terbesar di Semananjung Malaysia. Dan untuk PERIA sahaja, nilai pengeluaran pada tahun 2017 adalah sebanyak RM43 juta! Ini untuk peria manakala untuk peria katak, hasilnya adalah sebanyak RM4.6 juta. Patutlah pengusaha kerepek peria Pahang Wanz Bites PeDAS atau crispy peria berperisa berpusat di Pahang. Sebab bahan mentahnya senang didapati di Pahang rupanya.
Kenapa Wanz Bites memilih peria sebagai snek?
Walaupun peria merupakan sayur yang paling pahit di dunia, namun peria mempunyak banyak kebaikan dan kelebihan. Pahit itu ubat, kata Puan Wan Nooraini. Momordica Charantia atau peria ini sangat digemari dan terkenal di Asia Tenggara dan semakin digemari kerana kalorinya sangat rendah.
Peria juga dipercayai dapat menurunkan kandungan gula di dalam badan. Ada satu kajian selama 3 bulan kepada 24 pesakit diabetes menunjukkan pesakit yang mengambil peria sebanyak 2,000mg dapat menurunkan kadar gula dalam darah.

Selain menurunkan kadar gula di dalam darah, peria juga dikatakan dapat menurunkan kadar kolesterol di dalam darah. Kolesterol LDL dianggap sebagai kolesterol jahat kerana ia menyumbang kepada pembentukan lemak di dalam jantung dan seterusnya meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok.
Namun begitu, walaupun terdapat banyak kebaikan dan manfaat dari peria ini, masih tidak ramai yang mahu menjadikan peria sebagai makan tambahan dan diet mereka seharian.
Sebab itulah Wanz Bites usahawan PeDAS telah menghasilkan Kerepek Peria atau Crispy Peria di bawah jenama Wanz Bites untuk membantu para pelanggan mereka menikmati kebaikan peria dengan gembira dan tanpa rasa pahit.
Baca tentang Crispy Peria Berperisa Wanz Pedas di sini.
Mereka mengeluarkan Crispy Peria di dalam 5 perisa kerana mereka amat memahami sasaran pelanggan mereka yang ingin makan peria tapi tak suka dengan rasa pahit yang terhasil dari peria.
5 perisa yang ditawarkan adalah :
Original
Spicy (Pedas)
Kari
Salted Egg
Cheese
Siapakah pelanggan yang sesuai memakan Kerepek Peria Pahang Wanz Bites ini?
Mereka menyasarkan kepada 3 golongan ini:
Pertama, wanita berkerjaya yang gemarkan snek dan kudapan sebagai peneman semasa kerja.
Waktu petang, sekitar jam 3.00pm, selalunya kita dah tak sabar nak siapkan kerja dan balik rumah kan? Tapi, time ni lah time yang paling jahat buat kita sebab time ni selalunya waktu mengantuk kita. Petang-petang macam ni, selalunya saya akan buat kopi panas dan sedikit kudapan untuk menemankan saya buat kerja. Sambil buat kerja, sambil minum kopi dan makan biskut ke kerepek ke atau kuih ke.
Jadi Puan Wan Nooraini sangat berharap jika kita sama-sama menjaga kesihatan dengan mengenepikan biskut dan kuih muih yang tinggi gula dan bertukar kepada Kerepek Peria atau Crispy Peria Wanz Bites. Seperti yang saya kongsikan di atas, peria ada banyak khasiat dan kadar kalorinya yang rendah membolehkan kita menjadikan Crispy Peria sebagai snek harian tanpa ragu-ragu.
Kedua, wanita yang selalu On-The-Move dan tak sempat nak jaga pemakanan dengan teratur.
Contohnya, wanita yang selalu keluar bermesyuarat, yang senang kena gastrik kalau makan tidak on-time, wanita yang memandu GRAB. Ini semua sasaran pelanggan Wanz Bites atas faktor, snek Crispy Peria ini dapat membantu mengalas perut wanita sementara mereka mencari makanan yang lebih sesuai.
Snek Crispy Peria ini dipek dalam pek kecil dan “sealable”, memudahkan ibu-ibu berkerjaya menjaga kesihatan supaya terus sihat dan dapat menguruskan dan menjaga keluarga dengan lebih hebat.
Ada 3 cara untuk dapatkan Crispy Peria dari Pengusaha Kerepek Peria Pahang Wanz Bites PeDAS:
Facebook – Crispy Peria Berperisa Wanz Bites
Instagram – Crispy Peria Berperisa Wanz Bites
Kedai – Kampung Bukit Betong, Kuala Lipis, Pahang
Youtube – https://youtu.be/XSurkdLZsbI