Pertama kali mencuba JUS SIHAT
Rasanya? Hihi mula-mula sebelum minum, saya dah sebut jus ini sedap. Tak fikir langsung rasanya melainkan SEDAP. Psiko kejap diri ini.
Yang mengejutkan, memang SEDAP!
Bila saya buat sendiri, saya lebihkan epal bagi manis sikit. Rasanya campuran dia lebih kurang macam ni. Kita ubahlah (adjust) kalau rasa jus tak menepati citarasa kita.
Bahan-Bahan:
1/2 batang timun – ambil bahagian yang cerah
1/2 batang lobak merah – kikis kulitnya
1 batang celery – buangkan sikit hujungnya
2 biji epal – nak manis, ambil epal merah
1 cawan air sejuk
Cara-cara penyediaannya:
Kisar semua bahan dan tapis. Terus minum sebab kalau diniarkan, khasiatnya akan hilang.
Untuk bonda tersayang, saya pesankan ‘Summer Cooler’ iaitu campuran tembikai dan buah passion. Yang ini memang sedap sebab rasa buah-buahan. Memang penghilang dahaga dan mengenyangkan.
Ini resepi-resepi lain untuk kita cuba.
Saya nak buat The Protector Juice, The Body Cleanser dan Summer Cooler.
Semoga bermanfaat!