Bahulu ni memang makanan tradisional turun temurun yang selalu menggamit memori saya. Selalu teringat pada Tok Mak, ibu kepada bonda saya. Saya tak ingat langsung apa-apa tentang Tok Beh dan Tok Long, ayah dan ibu sebelah Ayah saya, kerana mereka telah pergi dahulu sebelum saya lahir dan semasa saya masih bayi. So memories saya tentang grandparents tu memang banyak jugalah dengan Tok Mak dan Tok Bak saya. Salah satunya adalah tentang kuih muih tradisional. Dan bahulu adalah antara kenangan manis saya dengan mereka. Saya sukakan bahulu yang lembut luar dalam, haha tapi kalau dapat bahulu yang garing di luar tu, selalunya saya cicah dengan air Kopi O. Semasa bersembang dengan Puan Norazlina Samsi, beliau kongsikan petua bahulu sedap dan lembut dari Azzu Bahulu Ledang PeDAS atau Program Perkhidmatan E-Dagang Setempat di bawah kelolaan MDEC.

Di bawah jenama Azzu Bahulu Ledang Johor, Puan Norazlina menghasilkan pelbagai jenis bahulu tradisional seperti bahulu cermai, bahulu ikan, bahulu gulung dengan pelbagai jenis perisa serta kuih bakar tradisional. Azzu Bahulu Ledang Johor sangat terkenal dan sering menerima kunjungan pelawat dan peminat dari dalam dan luar negeri.

Baca tentang Azzu Bahulu Ledang Johor di sini.

Petua Bahulu Sedap dan Lembut dari Usahawan PeDAS
Petua Bahulu Sedap dan Lembut dari Usahawan PeDAS

Kalau ikutkan, bahulu ni sangatlah mudah dibuat pada masa sekarang. Sebabnya, bahan yang digunakan hanyalah 4 jenis bahan sahaja iaitu telur, tepung, gula dan esen vanila.

Tetapi teknik pembuatan itu yang menbezakan hasil pengeluarannya.

~ Puan Norazlina Samsi~
Pengasas Azzu Bahulu Ledang Johor

Petua pertama adalah jemur atau sangai tepung terlebih dahulu.

Lagi mudah jika kita sangai atau goreng tanpa minyak supaya tepung tu ringan. Kenapa kena bagi ringan, seperti mau terbang? Tergelak founder Azzu Bahulu Ledang Johor ni dan kemudian menjawab, “Ini adalah supaya bahulu tu tahan lama dan tak mudah berkulat. Katanya juga, ini juga membantu bahulu tu lebih ringan dan lembut.

Petua kedua adalah basuh telur dan keringkan sekering-keringnya.

Telur perlu dibasuh untuk menghilangkan najis-najis yang melekat di kulit telur tu. Walaupun kita nampak telur tu bersih je. Lepas dah basuh tu, biarkan kering atau kalau nak cepat, lapkan kering-kering. Jangan ada air menitik supaya nanti masa pecahkan telur tu ke dalam adunan, air tersebut tak termasuk dalam adunan.

Petua ketiga adalah sukatan gula dan telur mestilah sama banyak.

Dua bahan ni mesti sama banyak sukatannya. Macam mana sama banyak tu? Kalau gula 1 cawan, gulanya pun kena 1 cawan dan gunakan cawan yang sama. Sukat dulu gula, lepastu masukkan dalam mangkuk. Lepastu baru sukat telur pulak. Ini supaya kita cuma perlu basuh 1 cawan sahaja di samping gula tu bebetul satu cawan dan takde yang melekat pada cawan kalau kita sukat telur dulu.

Dah baca petua bahulu sedap dan lembut dari usahawan PeDAS, bolehlah kita cuba buat untuk Raya nanti kan? Kalau rasa renyah, beli sahaja Azzu Bahulu Ledang Johor ni, berbaloi!

Antara kelebihan atau unique selling point bagi Azzu Bahulu Ledang Johor adalah bahulunya boleh tahan selama 1 bulan! Tetapi menariknya, bahulu keluaran Azzu Seri Makmur Enterprise tidak menggunakan sebarang bahan pengawet tau.

Baca tentang Bahulu Doorgift Johor di sini.

Selain itu, Azzu Bahulu Ledang Johor telah mendapat sijil HALAL dari JAKIM atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk 19 jenis produk yang mereka keluarkan! Wow banyak tu dan tanpa ragu-ragu kita boleh dapatkan Azzu Bahulu Ledang Johor melalui cara berikut:

Facebook – Azzu Bahulu Ledang Johor  

Instagram – Azzu Bahulu Ledang Johor

Telefon / Whatsapp – 0173037621

Alamat kilang – PKU 92 Kampung Seri Maamur, 84900 TANGKAK, Johor Darul Takzim

Semoga bermanfaat!