Sambal, tak kira apa jenis sambal, adalah antara pembuka selera yang popular di Malaysia. Dulu-dulu, masa saya kecil, bila balik kampung, paling saya suka bila terbau tumisan cili kering yang kemudiannya akan menjadi sambal tumis atau lauk-pauk lain. Dari mula bau, saya dah mula lapar dan tak sabar nak makan walaupun baru pukul 10 pagi dan baru lepas sarapan. Hahaha. Cumanya, saya tak pandai nak masak sambal kering, macam tempe ikan bilis kacang yang selalu orang jual tu. Haaa yang tu saya tak pandai sebab sambal tu tak kering dan sometimes tak tahan lama. Jadi Puan Fauziah, founder kepada Dapur Seri Nenda dan merupakan usahawan PeDAS (Program E-Dagang Setempat), yang mengeluarkan 3 jenis sambal berkongsi petua sambal tahan lama PeDAS.
Klik sini untuk baca tentang Sambal Ikan Bilis Seri Nenda.

Tips pertama adalah basuh cili kering dan rebus sehingga lembut.
Cili kering ni kena basuh sebab kita tak tahu macam mana mereka handle the goods. Biasanya cili kering ni dimasukkan dalam guni dan diedar dari pengeluar ke pemborong ke peruncit dan barulah sampai kepada pengguna. Jadi lebih baik kita basuh bersih-bersih sebelum kita proses supaya kita dapat hidangkan makanan yang suci dan bersih untuk keluarga kita.
Lepas basuh bersih, potong-potong kecil cili kering ni supaya biji-biji cili tu terlerai dan mudah dibuang. Masukkan dalam bekas berlubang, macam tapis tu, lepastu lalu air kejap dan goncang-goncangkan tapis tu supaya biji cili tu jatuh.
Kemudian, masukkan dalam periuk yang berisi air dan rebus sampai cili kering tu lembut. Dah lembut, tutup api dan TOS AIR SAMPAI KERING. Haaaa kat sini saya buat silap. Lepas je tos, terus masukkan cili kering dalam blender dan terussssss blend je.
Rupa-rupanya air tu penyebab cili kering mudah berkulat! Ooooo melopong mulut saya bila Puan Fauziah beritahu. Hahaha.
Tips kedua adalah gunakan minyak masak semasa blend cili kering.
Puan Fauziah maklumkan, air itu akan sebabkan cili mudah berkulat. Jadi gunakan minyak masak semasa blend. Blend cili tu sikit-sikit, dalam segenggam sekali blend dengan minyak. Kalau letak cili kering tu sampai nak penuh blender, minyak masak tu kena 3/4 dari jumlah cili. Itupun kadang kala kena tambah lagi minyak. Saya tahu sebab saya dah buat, lepastu stress sebab kena tambah banyak minyak tu untuk hancurkan cili kering tu. Hahaha degil lagi tak ikut cakap cikgu.
Tips ketiga adalah masak dengan minyak yang banyak, api yang kecil dan lama.
Inilah yang paling saya tak suka. Sebab lama sangat nak menunggu. Lepastu kecah. Hahahaha. Tapi nakkan sambal yang sedap dan tahan lama, memang kena buat macamni, baru lah berbaloi masak sambal.
Baca sini untuk resepi sambal ikan bilis cili padi.
Petua tambahan dari Puan Fauziah, mula-mula tumis bawang putih tumbuk atau blend dulu, dah naik bau, baru masuk bawang besar dan goreng sampai garing, barulah masuk cili kering. Haaa ini steps untuk masak sambal.
Lepastu katanya lagi, masukkan juga gula melaka untuk sedapkan lagi sambal tu. Haaaa paling susah adalah nak seimbangkan rasa pedas, masin, manis, masam tu. Takde cara lain untuk terer pasal rasa ni kecuali dengan selalu masak sambal dan take note apa yang kurang apa yang dah okay supaya bila masak, boleh adjust semula.
Sekarang ni kita dah tahu petua sambal tahan lama PeDAS dan bolehlah diapply masa masak sambal nanti. Tapi kalau rasa susah dan leceh nak masak sambal sendri, order saja dari Dapur Seri Nenda. Mudah dan tak pening kepala dan jimat masa. Sambal Ikan Bilis Seri Nenda ni dihasilkan tanpa menggunakan bahan pengawet atau bahan tiruan, tetapi boleh tahan sehingga 3 bulan!
Mana nak dapatkan Sambal Ikan Bilis Seri Nenda ni?
Facebook – Sambal Ikan Bilis Seri Nenda
Instagram – Sambal Ikan Bilis Seri Nenda
Youtube – Sambal Ikan Bilis Seri Nenda