Cendol adalah satu minuman yang sangat digemari, terutama sekali pada musim Ramadhan. Namun begitu, bagi penggemar cendol, adalah lebih best jika kita dapat sediakan sendiri cendol sebagai juadah berbuka puasa yang mana, kita dapat nikmati cendol sepuas-puasnya dari waktu berbuka sampailah waktu sahur nanti. Hahaha sedapnya. Jadi, saya bertanyakan kepada Puan Nordiyana Sudari apakah petua santan cendol tahan lama dari Ajidyan Cendol PeDAS. Ini kerana beliau merupakan pengusaha cendol dan pengasas Ajidyan Cendol yang merupakan seorang usahawan di bawah Program Perkhidmatan E-Dagang Setempat atau lebih dikenali sebagai PeDAS.
Kongsi beliau, santan memainkan peranan penting dalam penyediaan cendol. Ini kerana santan yang berkualiti akan menyedapkan rasa cendol itu, selain kombinasi di antara sirap gula melaka dan juga cendol hijau.

Baca mengenai Ajidyan Cendol Sedap Pagoh di sini.
Petua pertama adalah pilih buah kelapa yang betul.
Apa yang penting, santan perlulah terhasil dari buah kelapa yang baru dikupas sabutnya. Pilih lah buah kelapa yang telah tua dan pastikan isinya adalah putih. Maknanya masa parut kelapa tu, jangan parut sampai ke kulit kelapa yang coklat tu. Hanya ambil isi yang putih sahaja.
Petua kedua adalah gunakan air yang dimasak ataupun air yang ditapis.
Sekiranya kita memilih untuk memerah santan sendiri di rumah, pastikan kita menggunakan air yang bertapis ataupun air yang telah dimasak sehingga mendidih. Kalau boleh, elakkan menggunakan air paip kerana air paip boleh menyebabkan santan cepat masam dan basi.
Petua ketiga adalah masak santan dengan sedikit garam.
Kemudian, selepas diperah santannya, santan tersebut perlulah dimasak sebentar dan ditambah dengan sedikit garam untuk memanjangkan hayat santan tersebut. Caranya adalah dengan memanaskan santan di dalam periuk menggunakan api yang sederhana. Setelah mendidih sedikit, masukkan secubit garam dan padamkan api. Sejukkan sebentar dan boleh disimpan dalam peti sejuk. Kata Puan Nordiyana, santan ini boleh tahan sehingga 1 bulan!
Sekiranya kita membeli buah kelapa dan memerah sendiri kelapa untuk mendapatkan santan, adakalanya kita membeli dengan kadar yang banyak. Hmmm macam mana nak simpan santan yang banyak?
Biasanya saya akan terus letakkan santan ke dalam freezer tapi apa yang akan terjadi adalah santan itu akan terpisah dengan air disebabkan suhu yang beku. Jadi perkongsian seterusnya ini sangat penting untuk wanita berkerjaya seperti suri rumah dan wanita yang bekerja di luar rumah. Dan family kita akan mudah menikmati cendol pada bila-bila masa apabila santan sentiasa tersedia di dalam peti rumah kita. Yumssss.
Petua bonus dari Puan Nordiyana pengasas Ajidyan Cendol adalah bekukan bekas santan bersama suratkhabar.
Petua ini sangat sesuai jika kita mempunyai santan yang banyak. Setelah memasak santan dengan sedikit garam, masukkan santan yang telah disejukkan ke dalam plastik ataupun ke dalam bekas yang sesuai. Kemudian, ikat atau tutup dengan kemas. Basahkan beberapa helai suratkhabar dan balutkan plastik atau bekas santan itu. Dah balut kemas-kemas, masukkan ke dalam peti sejuk beku atau freezer.
Dengan adanya petua-petua dari Ajidyan Cendol ini, boleh lah kita menikmati cendol pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu ke Pagoh untuk menikmati Ajidyan Cendol yang terkenal di sana. Dah baca tentang petua santan cendol tahan lama dari usahawan PeDAS, dah bolehlah buat cendol sendiri.
Boleh baca tentang Kedai Cendol Durian Pagoh di sini.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi mereka di sini.
Website : Ajidyan Cendol
Facebook : Ajidyan Cendol
Instagram : Ajidyan Cendol