Ramadhan Hari Pertama : Ke Tropicana Medical Centre
Saya tak perasan, masa set appointment tu, 6 Jun adalah hari pertama Ramadhan! Sebab kat kalender doktor tu kata, Selasa baru start puasa. Jadi saya pun tak kisahlah, berangan balik hospital, boleh singgah Giant nak beli buah untuk puasa nanti.
Sekali, 1 Ramadhan adalah pada 6hb Isnin, so sebab dah confirmkan appointment, redah je lah.
Memang kena puasa, dan kali ni, ada ujian glukos juga. Masa Punitha (nurse) cakap kena buat glucose test, saya ingat nak kena minum air gula macam ibibu mengandung tu. Terfikir, alamak, kena berbuka ke? Tergelak Punitha, dia cakap “No Madam. From the blood, they will test it.” Hahaha lega saya.
Ambil darah sekejap je, tapi tak best sebab rasa sakit. Madam Leong yang biasa ambil darah tu dah takde, tak tahulah ke mana. Mungkin cuti kot. Lubang pun besar, maybe sebab banyak gerak masa proses tu.
Sebab adanya ujian glukos, maka tempoh menunggu adalah 1.5jam sebelum dipanggil doktor.
Masa prosedur ambil darah pun, ada kisahnya.
Technician tanya, “Madam fasting?”
“Yes.” Saya jawab.
“Last meal pukul berapa?”
“Around 5.30am.”
“Aiyoo Maam, not enough la. Should be by 12 midnight.”
“But I am fasting now. Ramadhan.”
Tergelak terus 2 orang technician tu. Rupa-rupanya kena puasa 8 jam sebelum ambil darah.
Saya tahu kena puasa, tapi asyik salah faham dengan Puasa di bulan Ramadhan. So betullah bila mereka tanya saya puasa ke tak, saya jawab Ya sebab memang tengah puasa di bulan Ramadhan. Cuma yang mereka maksudkan adalah last meal adalah 8 jam sebelum prosedur.
Adik tu kata takpe, cuma result nanti akan tinggi lah sikit sebab baru 4 jam “puasa”.
Then Punitha suruh saya pergi makan dulu sebab lama lagi giliran saya. Saya cakaplah, saya puasa (Ramadhan). Dia kata, Kan dah ambil darah? Pergilah makan, nanti lapar. Saya jawab, saya puasa di bulan Ramadhan. Punitha, muka berkerut tanya, boleh ke puasa? Nanti tak larat, pening ke pitam ke macam mana? Saya jawab, okay je setakat ni. Kalau tak larat atau pening pitam, saya berbukalah.
Alhamdulillah, saya bertahan sampai petang.
Saya rasa, sebab saya dah plan sebelum hadirnya Ramadhan, yang saya akan kuat, bertenaga, tidak lapar sepanjang bepuasa. Kemudian kali ini, saya nak hafal 10 ayat pertama surah Al-Kahfi. Nak masak dan buat frozen food untuk sahur. Banyaklah saya plan, sampaikan ada doa khusus untuk dibaca semasa berpuasa.
Semalam, saya postkan balik apa saya buat untuk persediaan Ramadhan. Saya ingat lagi tahun lepas, ada yang marah saya sebab lambat post entry tu. So tahun ni, masih lambat sebab dah 1 Ramadhan baru saya post, tapi saya berdoa agar ianya memberikan manfaat buat semua. Ini kisahnya – Penat sekali Je Senang Berkali-Kali.
Sebab saya balik lewat, bengkel tutup pukul 6.00 petang, jadi balik tu ngam-ngam nak berbuka. Juadah berbuka memang saya plan beli je, sebab nak yang ringkas je macam murtabak, roti john atau kuih-muih je. Sebab kami berbuka banyak minum air.
Dalam 2 jam hari Ahad lepas, dengan 1.5 ekor ayam, 2 ekor Ikan Kerapu, 2 ekor Ikan Talapia, 1 kg Bebola Ayam Ayamas, cili kering RM3.00, saya dapat:-
1. Kari Ayam 2 bekas
2. Lemak Kuning Ayam 2 bekas
3. Sup Bebola Ayam 2 bekas (40 biji)
4. Sambal Bebola Ayam 2 bekas (40 biji)
5. Ayam Goreng Kunyit 1 bekas – tanpa sayur
6. Kerapu Goreng 2 ekor
7. Talapia Goreng 2 ekor
8. Sambal Tumis Kosong 4 bekas.
Nanti Ikan Goreng tu boleh jadi Ikan Bersambal. Pagi tadi buat Sambal Telur Pecah. Nanti boleh rebus telur, buat Sambal Telur.
13 lauk dah siap. Beli pulak daging dendeng 3 bekas dengan kawan. Setengah bulan tak yah masak untuk sahur. So saya fokus pada perkara lain.
Tapi saya masak dengan Periuk Noxxa, tu sebab 2 jam je. Sambal tu 30 minit je HP. Yang ayam, HP 7 minit, campur tumis semua dalam 15 minit je. Kalau takde Noxxa, maybe lebih sejam kot. Sambal tu yang lama. Lepas masak kari, boleh masak Lemak Kuning. Lepas tu goreng ikan. Satu tungku khas untuk sambal. Okay rasanya.
Semoga bermanfaat!