Ramadhan Kareem!


Alhamdulillah dah 9 hari kita berpuasa. Tapi kali ni, first time tanpa Ayah. Sedihnya. Sedih bukan kerana apa. Sedih tak dapat salam peluk cium Ayah. Sedih tak dapat berborak dengan Ayah. Sedih takde lagi call Ayah, lepas tu tanya Ayah makan apa, nak makan apa, nak pesan apa. Arghhh. Yang paling sedih, tak boleh dah call atau cakap kat Ayah, “Ayah, tolong doakan kita bla bla bla”. Ini yang paling saya rinduuuuuuu sangat.


Hari ni dah 219 hari Ayah meninggal. So dah boleh adjust dah la. Time Ramadhan, biasanya rutin Ayah macam biasa. Selagi larat, Ayah pergi solat di Masjid. Maghrib pun, berbuka dengan kurma 3 biji, minum air segelas, terus ke Masjid solat dulu. Lepastu balik baru makan yang simple. Murtabak was his favourite. Kuih-kuih yang lembut macam kaswi or puding jagung ke. Roti John tapi susah jugak carik Roti John yang sedap sekarang ni. Masuk waktu Isya’, ramai-ramai pergi Solat Isya’ dan Tarawikh.


Dulu masa bujang, ada la jugak pergi Solat Subuh dengan Ayah. Lepas habis Solat Subuh, akan ada tazkirah. Time puasa kan, mengantuknya masa dengar tazkirah tu. Kadang sampai tersengguk-sengguk mendengar. Selalunya memang terlelap jugaklah. Pastu masa balik jalan kaki, borak-borak dengan Ayah,and sometimes confessed yang saya tidur masa tazkirah hahahaha.


But it was all a memory now. Saya tak rasa ralat sangat la. I did my best. Dapat jaga Ayah 19 hari kat Wad CCU, PPUM pun rasa sangat bersyukur sangat. Even bila terima berita yang sedih pun, saya rasa kami semua dah buat yang terbaik untuk Ayah. Nanti saya buatkan entry tentang last days Ayah.


Now, saya banyak hangout kat rumah Mak. So bersahur dengan berbuka memang kat sinilah.


Ada hari saya beli je, ada hari saya masak.


First Ramadhan, Nasi Ambeng Bazaar Raamdhan TTDI Jaya Shah Alam.


Second day, Nasi Ambeng Bazaar Ramadhan Kelana Jaya.


Sabtu, makan apa ek? Kuey Teow Goreng rasanya.


Ahad, Nasi Goreng Kampung. Udang Tepung dengan Keropok Goreng.


Isnin, saya ada #BoosterRayaChallenge kat Shah Alam. So Husband belikan Roti John, Kebab Ayam dan Murtabak. Sepatutnya saya berbuka dengan Husband, tapi sebab jammed sangat, saya berbuka di PJ dulu dan lepas solat, baru gerak ke Shah Alam. Pukul 8.15pm baru sampai dan makan Roti John sikit dengan separuh Murtabak. Pancit giler masa workout tu sampai saya muntah! Masa datang tu, memang demam tapi saya cakap kena workout juga and it was a good decision. Walaupun muntah, tapi badan saya berpeluh dan rasa ringan sikit. Esoknya demam tu kebah dah.


Selasa, Mak kena Gastrik. Muntah-muntah sampai lembik. Alhamdulillah Susie our cleaner ada masa Mak kena tu. Susie lah yang tolong urutkan badan Mak. Jadi bila Mak terasa ok, saya buatkan Air Madu untuk Mak. Lepastu, terus muntah air dan angin. Syukur sangat Mak muntah dan sendawa sebab badan Mak banyak angin betul. So, masakkan Mak Bubur Nasi dengan Carrot dan Broccoli. Dapatlah Mak makan buat lapik perut. Tak dapat bawak Mak ke klinik sebab Mak tak larat nak jalan and saya sorang je kat rumah masa tu. Untuk berbuka, Husband beli Nasi Ambeng Bazaar Raamdhan TTDI Jaya Shah Alam. Dah tak larat nak masak hehehe.


Rabu, again ke Shah Alam for #BoosterRayaChallenge. Kali ni, pukul 4.15pm saya dah gerak. Takut jammed. Itupun jam 5.00pm baru sampai sebab sesak kat Federal Highway dan NKVE. But better la dari hari Isnin tu, pukul 6.30pm, tak boleh keluar langsung dari PJ. Kali ni beli Kebab dengan Murtabak je.


Khamis, beli jugak. Sebab saya tidur Shah Alam Rabu tu. Sampai bengkel Rahim Auto, saya buat kerja dulu. Konon nak balik PJ la lepas tu. Sekali kakak call cakap mesti ambil lauk-lauk yang saya order. Mak kawan kakak buat lauk frozen jadi saya orderla. Agak murah la so kena ambik hari tu jugak. Alhamdulillah husband agree nak hantar ke LRT Glenmarie sebab sepatutnya saya bawak balik kereta, Husband bawak kereta Ayah. Tapi cancel sebab nak gi KL naik LRT. So, bila balik dah penat. Adik pulak ajak ke Bazaar Ramadhan Kelana Jaya. Kami beli Nasi Kerabu (saya share dengan Husband), Akok, Chicken Skewers. Alhamdulillah sedap semua.


Hari ni plan nak masak Nasi Goreng Cili Padi. Untuk Mak, nak panaskan Bubur Lambuk. Tengok nanti samada nak pergi Bazaar Ramdhan atau tak.


Sahur so far memang saya masak. Kalini saya masak lepas Tarawikh. Masak simple je macam Ayam sambal. Kentang Berlada. Ikan Masak Kicap. Yang penting masa sahur adalah TELUR DADAR! Inilah pembuka selera pelengkap sahur kami. Hehehe.


Simple je tahun ni. Yang penting, tak berlebih-lebihan, tu je.


Selamat Berpuasa dan Insyaallah kita semua membuat banyak-banyak kebaikan dan kebajikan di bulan mulia ini.