Kami tak jadi balik KL pagi Sabtu tu. Raya ke-3 tu, sepupu-sepupu dari Kluang datang ziarah. Ini anak-anak Cik Mah, adik mak yang bongsu.


Mereka bawa berita tak berapa best. Cik Mah tak berapa sihat. Sekarang dah start dialisis. Tapi sekarang dah tak boleh jalan sangat. Banyak guna wheelchair dah. Pastu, matanya dah tak nampak.


Bila dengar adiknya tak sihat, terus mak ajak ke Kluang. Okaylah ikut je. Cuma esok balik KL kena awal lah. Lepas sarapan terus balik. Nasib baik ada 1 jubah standby. Jubah hitam kosong je la, dengan tudung ada extra. Sebab esok (Ahad) tu terus nak pergi open house pakcik pulak. Nak basuh baju, Sabtu rumah kosong, siapa nak tolong angkat baju pulak kan?


Saya tanya dengan Kak Ros, pukul berapa nak bertolak? Punyalah semangat dia jawab, “6.30 pagi.”


Awal giler tu, sure akan gerak kul 8 lebih punya. Dah tahu sangat mereka ni, akan ada family yang lambat.


Saya ketawa je, terus cakap, “Kita gerak pukul 8 lah. Okay sikit lepas sarapan.”




Ni tengah menunggu semua siap. Sambil test camera. Hahaha poyo je. Saje guna monopod, dah lama terbiar, kesian dia.


Gerak dalam pukul 8.15 am, singgah Petrol Station isi minyak, buang isi perut, keluarkan duit, beli jajan buat cerah mata. Cuma 2 kereta je pergi, tapi penuh padat la. Kereta kami 5 dewasa. Kereta Abang Rahman kembar suami, 5 dewasa dan 4 kanak-kanak dalam Alza. Okaylah.


Tiba Kluang pukul 10 pagi. Ingatkan kami awal, rupanya ada lagi awal. Yang bestnya, ini jiran mak, tapi ada kena-mengena dengan Cik Andy, suami Cik Mah.


Sampai-sampai je, dapat jumpa Cik Mah sekejap je sebab Cik Mah nak pergi buat dialisis. Tak borak pun sebab beri peluang pada mak berbual dengan adik dia.


Tapi kami diminta tunggu sekejap sebab Cik Andy nak hantar Cik Mah dulu, lepas tu dia balik rumah semula. Okaylah kami tunggu sambil makan kuih raya.




Rupa-rupanya, mereka tengah masakkan lauk-pauk untuk dihidangkan pada kami. Alahai, memang begitulah adat orang jawa. Datang rumah mesti dihidang nasi, terutamanya untuk orang jauh.


Makan lagi nasi pukul 11.00 pagi. Lauknya very simple, tapi sedap giler. Yang penting, ada tempe dan sambal kicap. Sayur campur. Kari ayam. Sambal belacan. Kenyang perut.


Jam 12 tengahari, kami pun beransur pulang. Sempat ambil gambar kat rumah Cik Andy ni.




Tapi lepas tu singgah ke rumah sepupu, anak Cik Andy ni di Yong Peng. Sampai dalam pukul 1 lebih. Pun suruh rehat sambil minum kopi dan makan kuih raya.




Dijamu Kopi Mineral yang sedap. Tapi suami, lepas minum kopi, terus capai bantal dan bantai tidur! Hahahaha. Ngantuk katanya sebab tak buat apa.


Rupa-rupanya, kami dijamu nasi. Sekali lagi! Aduh penuh perut. Simple jugak menunya. Tapi dah tak ingat apa dah menunya. Pukul 3 gerak pulak ke rumah kakak ipar. Dekat je tapi sebab dia pergi beraya, so alang-alang kita beraya rumah sepupu pulak.


Kat rumah Kak Yah, siap cakap kat Abang Din, tak payah masak pape sebab kenyang. Cuma tanya, ada Burung Puyuh tak? Dia jawab “Okay aku carik.” Sempoi je.


Dia bawak balik Burung Puyuh berempah. Goreng salut tepung. Pergh…sedap giler. Tengok ni, semua yang makan penuh beremosi.



Sedap betul. Saya rasa sebab ada daun limau purutlah. Tapi cuma ada BAU dan Rasa sahaja. Daunnya dah takde, maybe dia perap je lepas tu buang daun tu.


Saya siap order bawak balik KL. Abang Din kata, kalau nak lagi, nanti dia turun Shah Alam, dia bawak sekali. Saya siap jual lagi Puyuh Berempah RM30.00/10ekor.


Habis makan, terus ajak balik. Hahaha. Penat dah beraya, perut pun kenyang.


Kenangan pun banyak. Alhamdulillah.