Ahad pagi, memang dah set nak kena gerak pukul 8. Sebab nak singgah Tanjung Emas nak beli pes Mee Bandung Abu Hanipah. Lagipun nak buat video “Tips Perjalanan Jauh” oleh Abang Sado Rahim Auto.


Memang kelakar lah buat video tu. Dahlah masa record, mak pun ada sama dan dok bercakap-cakap dengan kami berdua. Hahaha apa pun tak boleh sebab malas nak shoot lagi. Nanti lambat pulak gerak kan.


Masuk bag semua start gerak kul 8.15am. Kami paling last balik, sedih muka Mak dengan Bapak. Kak Ros siap basuh selimut dan tuala yang digunakan sebab tak nak Mak penat.


Tiba Muar, terus ke Tanjung Emas beli pes Mee Bandung. Beli 5 pes akan dapat Mee Bandung yang siap dimasak 1 bungkus. Saya beli 10 pek pes tu sebab kawan office pesan. Dapatlah 2 bungkus Mee Bandung. Tapi kami tak makan pun sebab nak pergi Open House rumah pakcik saya. Kak Ros pun tak mahu.


Jadinya, kami singgah ke rumah rakan usahawan kami di Saujana Impian Kajang. Nak pass Mee Bandung tu sebab dia suka sangat Mee Bandung ni. Teruslah beraya ‘sekejap’. Takde maknanya, dekat 2 jam kat rumah dia.


AD hidangkan karipap dendeng, kek coklat dan udang tempura. Sedapnya, dapatlah lapik perut sementara ke open house.




Lepas tu, terus hantar Kak Ros di Hulu Langat. Solat sekejap dan terus ke Shah Alam untuk ke Open House pakcik saya.


Punyalah lapar, sampai-sampai terus salam dan terus disuruh makan. Hahaha jemputan pukul 1.30pm, tapi kami dah maklumkan akan lambat sebab dari Muar. Pukul 3.00pm baru sampai rumah Ayahchik. Dek lapar, satu gambar pun takde kali ni.


Oh, on the way balik, di area Sg Mati tu ada banyak gerai jualan, jadi saya belikan pakcik saya Belimbing Besi dan Jambu Madu. Dan juga beli ubi kayu sebab saya teringin nak makan ubi rebus dengan sambal tumis. Murah jugaklah ubi kayu ni, biasa beli 3kg RM10.00 atau RM3.50/kg. Tapi kali ni, cuma RM3.00/kg. Beli 3 kg sahaja dah cukup banyak. Siap bagi Kak Ros, Ayahchik dan juga Mak.


Pukul 5pm, kami beransur pulang sebab ada tetamu lain pulak beraya. Tapi kami tak balik rumah pun. Lepak kat Citta Mall dengan my cousin, bincang pasal bisnes. Makan Char Kuey Teow Special kongsi dengan husband. Air Ais Kosong je. 


Lepak sampai jam 7.00pm, hantar cousin balik terus balik rumah. Capek but very fulfilling day.