Saya dah terjebak dengan periuk Noxxa keluaran Amway ni. Sebenarnya, tak mahu beli. Memang tak nak beli sebab takut jadi tukun macam gadget lain. Macam *ehem* breadmaker. Haha.



Lepas tu, kawan kat office ajak main kutu. Tak mahu juga. Tapi lepas kami tengok youtube, yang mana masak nasi goreng hanya 7 minit sahaja, hati dah mula tertarik.



Tapi mintak izin dengan suami dulu. Tunjukkan pada suami kelebihan dan kebaikan Noxxa Pressure Cooker ni. Suami pun tertarik dengan nasi goreng dan bihun goreng yang dimasak tanpa perlu memasak nasi dan merendam bihun.



So, confirm dengan kawan nak join kutu Noxxa. Ada kawan yang dah beli sebelum ini, bagi number ketua kutu ni. Tapi lambat sangat responnya. Ada tu, seminggu nak tunggu dia jawab. So cancel. Saya bersedia nak beli secara tunai, tapi kesian kat kawan office ni, so saya pun bersabar.



Dan amat-amat berbaloi kesabaran saya sebabnya dapat beli dengan harga ahli, main kutu cuma 3 bulan sahaja dan yang paling best, dapat periuk Noxxa selepas 1 kali bayar. Ini memang best sebab kalau kutu kan kena ikut giliran. Kami cuma main 5 orang sahaja. 3 kali bayar dalam 2++ sahaja. Dapat serentak kelima-lima ahli tu.



Masa dapat je, saya terus masak Nasi Goreng 7 minit. Kebetulan dapat lepas maghrib. Dan kami memang nak keluar makan. Tapi bila dapat Noxxa, teruja nak cuba terus. Cakap pada suami, kita masak nasi goreng guna noxxa ni. Macam dalam youtube. Husband setuju, terus ke dapur hiris bawang, tumbuk cili padi. Dalam 15 minit dah siap hidangan dinner.



Second dish yang saya masak adalah SAMBAL TUMIS. Paling best sebab biasanya saya masak sambal, akan ambil masa 2 jam dan dapur akan comot dengan percikan sambal.



Kenapa 2 jam?



Sebab saya masak banyak. Lepas tu saya freeze kan sambal tumis tadi. Bila nak guna, cuma keluarkan dan thaw kan (cair). Buat sambal kosong je, jadi senang nak adjust kalan masak lauk-pauk.



Ini resepi sambal paling ringkas dan paling senang sebab cuma guna 2 bahan je iaitu cili kering dan bawang je. 



Sambal Tumis Noxxa



Cili kering – RM2.00

Bawang merah besar – 3 biji
Minyak masak – 3 cawan
Garam
Gula


Cara memasak



1. Blendkan cili dan bawang sehingga hancur. Kalau boleh, kurang air sebab senang nak masak nanti. Saya letak air, 1/3 sahaja dari bahan (cili bawang). Blend lama sikit supaya cili bawang tadi smooth.

2. ON kan Noxxa. Tekan butang Stir Fry dan tekan butang merah ON/OFF.
3. Masukkan minyak masak.
4. Tuang cili bawang blend ke dalam Noxxa. Tumis sampai keluar minyak.
5. Bila minyak dah naik, OFF kan Noxxa. Kacau-kacau sambal tadi supaya wapnya keluar. Ambil tudung periuk Noxxa dan tutup dengan betul. Tombol atas pusing ke PRESSURE.
6. ON kan Noxxa. Tekan butang High Pressure sebanyak 20 kali. Tekan butang merah ON/OFF.
7. Selepas 20 minit, keluarkan wap panas dengan memusing tombol. Wap tu PANAS, so cover dengan tuala supaya tak terpercik.
8. Bukak tudung periuk Noxxa. ON kan Noxxa. Tekan butang Stir Fry dan tekan butang merah ON/OFF.
9. Kacau sambal. Masukkan garam dan gula sampai sedap.






Lepas sambal sejuk, saya masukkan dalam bekas-bekas kecil untuk sekali masak. Jadi senang kalau tiba-tiba nak masak sambal tumis ikan bilis ke, ikan goreng bersalut sambal ke. Balik, cairkan dan terus masak.





Hari Ahad, teringin nak makan Nasi Lemak. Sambal tumis dah ada. Cuma rebus telur. Masak Nasi Lemak dengan Noxxa, cuma 7 minit je. Dan buat Sambal Udang je. Setengah jam dah siap.



Kenapa 30 minit?



Sebab siang udang lambat. Hehe.



Nasi Lemak Noxxa



2 pot beras – basuh dan tos

2 cawan santan
1/2 cawan air
Daun pandan
Halia
Garam


Cara memasak



1. ON kan Noxxa.

2. Masukkan beras. Santan. Air. Daun pandan. Halia. Garam.
3. Ambil tudung periuk Noxxa dan tutup dengan betul. Tombol atas pusing ke PRESSURE.
4. Tekan High Pressure sebanyak 7 kali. Tekan butang merah ON/OFF.
5. Selepas 7 minit, keluarkan wap panas dengan memusing tombol. Wap tu PANAS, so cover dengan tuala supaya tak terpercik.
6. Bukak tudung periuk Noxxa. Kacau Nasi Lemak. Hidangkan.






Nasi Lemak Sambal Udang



Nasi Lemak

Sambal Udang
Telur Rebus
Timun Hiris
Kacang Tanah yang digoreng


Cara-cara



1. Letakkan nasi.

2. Sendukkan sambal udang.
3. Letakkan telur, timun dan kacang.
4. Hidangkan.