
Resepi Sambal Ikan Bilis Cili Padi PeDAS Seri Nenda
Bila Sambal Ikan Bilis Seri Nenda ada kat dapur, saya senang hati. Sebabnya makanan boleh tersedia selepas nasi masak. Kalau pakai Noxxa, 7 minit dah siap, kalau pakai rice cooker, adalah dalam 15 minit. Saya suka masak 4 jenis masakan yang sangat mudah dan cepat dan saya kongsikan resepi Sambal Ikan Bilis CIli Padi PeDAS, keluaran Seri Nenda yang merupakan usahawan di bawah Program E-Dagang Setempat atau ringkasnya PeDAS.
Boleh baca tentang Sambal Ikan Bilis Seri Nenda di sini.

Resepi pertama, Ayam Goreng Cili Padi.
Menu ni antara menu paling bahaya buat seorang yang tengah diet. Sebabnya, boleh jadikan kita makan 2 pinggan nasi ditambah dengan makan coklat atau aiskrim sebab pedas hahaha.
Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam – dipotong kecil-kecil (potong 10)
1 sudu besar Serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
1 biji Bawang Merah besar – ditumbuk atau hiris nipis
1 biji Bawang Holland – hiris
1/2 botol Sambal Ikan Bilis Cili Padi Seri Nenda
Cara-caranya:
1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam.
2. Gorengkan ayam dalam minyak panas sehingga masak.
3. Keluarkan dan letak tepi.
4. Tinggalkan separuh minyak goreng ayam dan tumiskan bawang merah.
5. Masukkan Sambal Ikan Bilis Cili Padi Seri Nenda.
6. Masukkan bawang Holland.
7. Masukkan ayam goreng.
8. Gaulkan sampai sebati. Dah siap masak.
9. Sendukkan dalam mangkuk cantik dan ambil gambar dan post di Instagram.
Petua sambal tahan lama ada di sini.
Resepi kedua, Nasi Goreng Cili Padi PeDAS.
Haaa ini resepi sesuai untuk Sarapan Hari Ahad. Sebabnya boleh juga nasi sejuk yang kita kumpul beberapa hari dan juga hari yang kita boleh relaks kat rumah. Lepas sarapan, kita boleh makan aiskrim ramai-ramai sebab nak hilangkan pedas. Lepas sugar rush, boleh kerah semua buat kerja rumah hahaha bijak Mak.
Bahan-bahannya:
4 cawan Nasi Sejuk
1 biji Bawang Merah – ditumbuk atau hiris
1/2 botol Sambal Ikan Bilis Seri Nenda
3 biji telur
Bahan tambahan :
Kacang peas/Kacang Panjang
Carrot/Kangkung
Ayam/Udang/Sotong
Cara-caranya :
1. Tumiskan Bawang Merah dalam minyak panas.
2. Pecahkan telur dan gorengkan macam scramble egg.
3. Kalau ada bahan tambahan, boleh masukkan.
4. Masukkan Sambal Ikan Bilis Cili Padi Seri Nenda.
5. Masukkan nasi sejuk dan gaul rata.
Dah siap untuk dihidangkan.
Mana nak dapatkan bahan utama untuk Resepi Sambal Ikan Bilis Cili Padi PeDAS ni?
Facebook – Sambal Ikan Bilis Seri Nenda
Instagram – Sambal Ikan Bilis Seri Nenda
Youtube – Sambal Ikan Bilis Seri Nenda