RESEPI : SUP DAGING BESERTA GAMBAR

Daging korban bahagian kami sebagai peserta digunakan untuk masakan ini.  Resepi saya gunakan dari Kak Nani Rostam.


Resepi asal untuk tulang rusuk daging, tapi saya gunakan daging.


Bahan-bahannya:


A
Daging/Tulang
Bawang putih – 2@3 ulas – diketuk
Halia – 1 inci – diketuk
Serai – 2 batang – dititik
Kentang – dipotong*
Tomato – dibelah 4*
Batang Celery – dipotong sebesar 0.5cm*


– Semua bahan kecuali bertanda * direbus dengan api perlahan dan ditutup periuknya. Bila empuk, masukkan bahan bahan *.


B
Bawang merah – hiris nipis
Bawang Putih – hiris nipis
Tepung gandum
Garam
Perasa (jika suka)


– Bawang ditabur tepung, garam dan perasa dan digoreng deep fry dengan api kecil. Bila garing kekuningan, angkat dan tos minyak.


C
Bunga Lawang
Bunga Cengkih
Buah Pelaga
Kayu Manis
Ketumbar – dikisar
Jintan Manis – dikisar
Jintan Putih – dikisar



– Semua bahan ditumis dengan lebihan minyak bawang goreng hingga garing.
– Padamkan api dan tuang semua bahan goreng (termasuk minyak) ke dalam rebusan daging/tulang.


D
Bawang merah kecil – tumbuk
Bawang putih – tumbuk
Lada putih– tumbuk
Lada hitam– tumbuk
Serbuk Kas-Kas – tumbuk – tak masuk sebab tiada stok


– Tumis semua bahan dalam lebihan minyak bawang goreng hingga garing dan naik baunya.– Padamkan api dan tuang semua bahan goreng (termasuk minyak) ke dalam rebusan daging/tulang.
– Masukkan garam dan serbuk pati ayam.

E
Di dalam sedikit minyak lebihan bawang goreng tadi, tumiskan tiga sudu makan tepung gandum sehingga berwarna kekuningan dan tutup api serta tuang gorengan tepung tadi dengan minyak sekali ke dalam sup tadi.Biar sebentar dan selepas itu boleh di angkat. Gorengan serbuk tepung tadi adalah untuk memekat dan menambah keenakan rasa sup tulang tersebut.

Hidang bersama taburan bawang goreng merah dan putih, daun sup dan daun bawang serta boleh dimakan dengan sambal kicap.




Bye,