Resepi Wanpaku Rendah Kalori Usahawan PeDAS

Sandwich biasanya adalah gabungan antara sayur-sayuran, protein seperti keju, daging, ayam, ikan yang diletakkan di antara 2 keping roti. Manakala Sandwich Wanpaku atau Wanpaku Sando adalah sandwich yang telah mula terkenal di Jepun sejak tahun 2016 lagi. Sando adalah panggilan orang Jepun kepada sandwich, sekali dengar macam abang sado je kan? Macam mana nak sediakan Wanpaku Sando? Saya kongsikan resepi Wanpaku rendah kalori usahawan PeDAS yang sesuai untuk orang yang sedang diet dan eatclean.

Resepi Sandwich Wanpaku Rendah Kalori usahawan PeDAS
sumber : Google

Apa yang membezakan Sandwich Wanpaku ni dengan sandwich lain adalah ianya menggunakan pelbagai jenis sayur-sayuran yang berwarna-warni. Sebaik-baiknya, gunakan 4 atau 5 jenis sayuran pelbagai warna untuk mencantikkan sandwich kita, di samping membuatkan kita makan lebih banyak sayur-sayuran.

Untuk Wanpaku, akan ada satu protein yang menjadi centre piece atau titik tumpuan setelah sandwich dipotong.

Membuat sandwich nampak macam senang je, tapi untuk sandwich yang berseni seperti Wanpaku Sandwich ini memerlukan sedikit kemahiran dan praktis. Tapi bagus juga kan kalau kita buat hari-hari, settle diet dan eatclean kita.

Baca tentang Sandwich delivery sedap di Kajang.

Ini bahan-bahannya.

Roti sandwich tebal

Carrot / Lobak Merah

Purple Cabbage / Kobis Unhu

Tomato

Cucumber / Timun

Lettuce / Daun Salad

Tuna

Telur rebus / mata kerbau / dadar

Ayam Bakar / Daging Bakar

Minyak Zaitun

Garam / Gula / Black Pepper

Mayonaise / Butter

Cara-caranya :

1. Lobak merah dihiris menggunakan peeler dan kemudiannya dihiris halus (julienne). Kemudian digaul bersama garam.

Gaulkan 2 sudu minyak zaitun, gula dan black pepper dan campurkan serta sebatikan dengan carrot tadi. Biarkan 1 jam.

2. Timun juga dihiris menggunakan peeler. Peel sehingga nampak biji dan jangan potong biji tersebut kerana ia akan menyebabkan sandwich kita berair. Letakkan timun di atas kertas tisu dapur supaya tisu dapat serapkan lebihan air di timun.

3. Tomato dihiris kemudian diletakkan juga di atas kertas tisu.

4. Kobis juga dihiris halus dengan membelah dua kobis dan mulakan hiris nipis-nipis.

5. Daun salad diceraikan dan dibasuh. Jika suka, boleh hiris nipis nipis macam kobis. Especially kalau guna Iceberg Salad. Keringkan menggunakan tisu dapur. Boleh juga digaulkan dengan sedikit mayonaise.

6. Roti sandwich disapu butter dan mayonaise dan diletakkan di atas plastic wrap atau parchment paper.

Dalam menyusun sayuran untuk Wanpaku, matlamat kita adalah menjadikan sandwich tu tebal dan bila dipotong, ada satu titik tumpuan di tengah-tengah sandwich. Sebab tu kita kena mulakan dengan sayur-sayuran yang rata atau flat, seperti daun salad dan tomato. Selepas itu, susun pula protein dengan focal point tu. Then susun pula sayur-sayuran yang fleksibel macam carrot dan kobis.

7. Susun sayur-sayuran di atas roti yang telah disapu butter atau mayonaise. Bermula dengan Daun Salad / Lettuce. Kemudian, letakkan tomato 2 atau 3 keping. Seterusnya letakkan timun 3 ke 4 keping.

8. Letakkan protein seperti ayam, ham, telur rebus, telur mata kerbau dan lain-lain. Susunkan supaya mereka menjadi the star of the sandwich.

9. Seterusnya, letakkan carrot dan kobis ungu diikuti dengan sehelai daun salad.

10. Tutup Wanpaku Sandwich dengan roti.

11. Balutkan ketat-ketat sandwich supaya mudah dipotong dan tidak terkeluar semasa makan nanti.

Sandwich Wanpaku rendah lemak boleh dipelbagaikan sayuran dan proteinnya. Cuma kurangkan menggunakan butter dan mayonaise asli dan gantikan dengan butter dan mayonaise yang rendah lemak.

Baca tentang sandwich terliur pelbagai rasa di sini.

Telur pula direbus atau digoreng dengan 1 sudu minyak sahaja. Ayam pula hanya gunakan ayam bakar atau ayam panggang sahaja.

Pilihan di tangan kita, resepi dah ada, memang sedap walaupun berkhasiat.

Untuk pesanan dan penghantaran terus ke rumah, hubungi mereka.

Whatsapp – Sandwich Terliur

Facebook – Sandwich Terliur

Instagram – Sandwich Terliur

Semoga bermanfaat!