Review The Bread Shop, Bukit Damansara

Balik dari Warehouse Sale tu, dah penat beratur, perut pun dah lapar. So my sister ajak pergi The Bread Shop, Bukit Damansara. Dia cakap kat sini sedap. Jomlah kita pergi.


sumber:Google



Alamatnya : 11 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara.


Waktu operasi dari Isnin hingga Jumaat pukul 8am hingga 7pm. Sabtu buka jam 8am hingga 6pm. Malangnya Ahad TUTUP! Huhu.


Ada macam-macam jenis pastry kat sini. Yang dua pastry tu, belong to ME! Lapar sangat masa ni, walaupun dah makan Nasi Kerabu masa sarapan. 


Saya pilih Chocolate Cruffin. Cruffin ni antara specialty The Bread Shop ni. Ada 3 perasa iaitu Chocolate, Salted Caramel dan Lemon Curd.

Cruffin ni sebenarnya kacukan Croissant dengan Muffin. Adunan pastry dia guna adunan Croissant. Tapi acuannya menggunakan acuan muffin. Dan Cruffin di dibakar. Berbeza sikit dengan Cronut, yang mana Cronut ni dogoreng. So less guilty sebab bakar vs goreng, bakar menang. Hahahaha.






Satu lagi ialah Savoury Sausage Cheese, kot. Lama sangat cerita, lupa dah. Macam nak kena datang sini lagi sebenarnya hehehe. Kalau makan kat sini, jangan lupa minta mereka tolong panaskan. Lagi sedap dan lebih lembut rotinya.



Bestnya, ada cermin kat atas ni. Kedai dia sempit sebenarnya. Kerusi untuk 4 orang ada 4 set je kot. Then ada bar counter untuk 6 orang. Kalau datang time peak hours, kena tunggu lama kot. If not pun, tapau je. Then balik panaskan. Roti dia still lembut dan sedap.


Air rasanya Latte. Tak ingat dah. Saya jugak tapao balik untuk mak ayah husband. Sebab semua suka makan roti. For tea sesuai sangat.


Try ya. Semoga bermanfaat.