Review Filem : GERAN – Orang KEDAH mesti tonton

Review Filem : GERAN – Orang KEDAH mesti tonton

Review Filem : GERAN - Orang KEDAH mesti tonton





Terus terang saya katakan, filem ni best! Bahahaha baru je ayat pertama je dah terus review mengaku yang Filem Geran ni menarik.  Bila saya dapat tahu saya kena review Filem Geran yang menerapkan elemen SILAT, saya dah macam Alamak… Hahaha macam-macam la kau ni Ahkak. Tapi disebabkan nak tengok pelakon utama dia iaitu NAMRON bersilat, maka saya pergi dengan penuh semangat dan harapan yang tinggi chewahhh. Hahaha.


Memang tidak mengecewakan filem ni. Berbaloi duduk dalam panggung sejam lebih tak sempat nak terasa kencing tak terasa nak mengunyah popcorn atau nak minum air.


Kalau nak baca sinopsis Filem Geran ni di sini.

Filem ni start dengan famili Pak Nayan tengah breakfast. Fatimah tu dok membebel bising pasal Mat Arip. Mat Arip ni adik bongsu Fatimah dan Fatimah rasa yang Mak Ayah dia terlalu manjakan Mat Arip ni sampai Fatimah rasa adik dia ni dah spoilt, dah jadi anak manja sangat.


Rupa-rupanya Mat Arip ni suka sangat dok berlumba kereta haram. 



Dahlah berlumba haram, siap bertaruh lagi pulak tu. Bukan sikit-sikit, tapi sampai berpuluh ribu ringgit Mat Arip ni bertaruh.


Dan tambah menarik, ada seorang orang kampung yang kaya ni dok aim nakkan tanah bendang Pak Nayan ni. Nama orang kaya ni ialah Haji Daud. Memang stail Haji Daud ni untuk beri pinjaman dengan syarat cagarkan tanah. Lepastu, 


Haji Daud ni akan buat syarat pembayaran yang mengarut-ngarut menyebabkan ramai peminjam tak dapat bayar semula. Yelah, pinjam RM5,000 tapi bayaran balik dengan bunga (interest) sampaikan jadi jumlahnya ialah RM25,000. 


Jadi memang confirmlah tanah tu akan tergadai. Sebab tu Haji Daud tu jadi orang kaya kat kampung tu, tapi dengan cara yang tak baik laaa.


Haji Daud ni memang aim tanah bendang Pak Nayan dan Pak Nayan ni sememangnya tak akan jual tanah tu. Jadi Haji Daud ni buat macam-macam cara agar tanah Pak Nayan tergadai.


Cara Haji Daud ni adalah menggunakan kelemahan keluarga Pak Nayan iaitu Mat Arip. 



Kelemahan Mat Arip adalah ego dan tak suka kalah. Sebabtu Mat Arip sanggup curi geran tanah pusaka Pak Nayan dan cagarkan pada Haji Daud.


Dan Haji Daud ni pun buat cara kotor supaya Mat Arip ni kalah. Agak-agak Mat Arip menang ke kalah?


Of course laaaa kalah. Dan abang sulung dia iaitu Ali yang kena dapatkan balik geran tu.


Filem Geran ni memang filem aksi dan aksi-aksi bertarung dan seni mempertahankan diri ditonjolkan melalui SILAT. Memang jarang, ke memang takde, filem yang memperkasakan silat. Dalam filem ni, memang nampak kesenian dan kehalusan seni silat ni.


Untuk saya yang memang tak biasa dan tak minat dengan silat ni, saya rasa ianya adalah sangat menarik. Memang nampak silat ni penuh kesenian dan lembut, walaupun ketika digunakan waktu bertarung.


Masa menonton filem ni, saya rasakan macam Wow sangat sebab aksi-aksi pertarungan tu macam real. Hahaha.


Maksud saya pelakon-pelakon tu macam tak berlakon pun, macam bergaduh betul.



Rupa-rupannya 90% pelakon yang terlibat ni mempunyai asas dalam seni bela diri silat ni. Patutlah smooth je aksi berlawan tu. Hahaha. Dan sememangnya filem-filem bergenre aksi ni merupakan antara genre yang menjadi kegemaran penonton Malaysia.


Penggambaran ni dibuat di kawasan-kawasan sekitar Kedah selama 36 hari dan dibuat dari Disember 2017 sehingga Januari 2018.


Filem Geran ni dah bermula tayangannya di pawagam sejak 10 Oktober 2019. Jom kita tonton di pawagam, kita sama-sama sokong perfileman Malaysia sebab filem ni memang best!


Lagi satu, pesanan buat orang KEDAH, pakat mai ramai-ramai pi tengok ceta Geran. Sebab 98% cerita ni guna loghat Kedah.


Yang bukan orang Kedah, jommmm! Jangan risau sebab ada subtitle. Mana yang tak faham, baca je sure faham hehehe.


Ini review saya selepas menghadiri Gala Premiere Filem Geran.






Semoga bermanfaat!



p/s : Review Filem Hero Jangan Bikin Panas pula di sini.