Review Filem HERO : Jangan Bikin Panas

Review Filem HERO : Jangan Bikin Panas


Review Filem HERO : Jangan Bikin Panas



Filem ni, sangat mengejutkan saya. To be honest, amatlah sedikit filem-filem melayu yang saya tonton, tak kisah lah kat wayang ke atau kat tv. Pilihan utama adalah filem-filem berbahasa Inggeris. Kiranya kalau saya tengok cerita melayu tu sebabnya adalah sebab pelakon yang saya minat ataupun sebab cerita dia agak syok untuk ditonton. Masa Gala Premiere Filem HERO : Jangan Bikin Panas ni, pengarah filem ni maklumkan yang filem ni adalah filem komedi.


Ah sudah, persepsi saya untuk filem melayu ni kalau komedi, sure akan ada banyak scene kelakar tak jadi, but again, filem ni sangat mengejutkan saya sebabnya SAYA TERHIBUR!


Filem ni start dengan kebakaran sebuah Maahad Tahfiz yang mana semua anak-anak tahfiz ni telah terperangkap dalam asrama kerana pintu keluarnya telah dikunci oleh pelaku jahatnya.


Tapi ada seorang yang terselamat iaitu Zafrul (Hisyam Hamid). Zafrul ni bekas pelajar tahfiz, datang semula ke sekolah tahfiz tu sebab dia nak bantu adik-adik ni menghafal, kiranya macam nak give back to the school. Zaf ni terselamat pun sebab dia kat luar masa pintu dikunci.


Zaf cuba untuk selamatkan keadaan tapi berlaku sebuah letupan besar yang menyebabkan dia tercampak dan pengsan. Disebabkan peristiwa ini, Zaf berusaha untuk menjadi seorang ahli Bomba dan Penyelamat dengan 1 big why:
Zaf nak cari dalang yang membakar tahfiz tu sebab Zaf ada bukti bergambar tapi tak tahu siapa buat sebab mereka pakai topeng masa bakar tahfiz tu.


Macam mana Zafrul boleh berjumpa dengan Amad Mustar (Bell Ngasri) dan Adam (Mark Adam)? Hahahaha saya dah gelak dulu sebabnya memang kelakar. Ada satu peristiwa yang melibatkan Zaf yang mana Amad dan Adam yang tolong. Masa ni memang kelakar sebab saya ketawa tak berhenti1


Bersama-sama dengan dua orang rakan bomba yang baru dikenalinya, Amad Mustar dan Adam Fanifinali mereka berjaya merungkai sindiket pembakaran dan urusniaga pembelian tanah secara haram yang didalangi rangkaian kongsi gelap antarabangsa. Kecekalan, pahit-getir dan pengorbanan tiga sahabat bomba ini bertarung nyawa menghadapi agenda dan bahaya tersebut merupakan intipati filem ini.

Hisyam Hamid ni berlakon sebagai ahli Bomba & Penyelamat macam ahli bomba real. Rupa-rupanya Hisyam ni memang ahli Bomba Singapura yang pernah berkhidmat selama 8 tahun sebelum Hisyam menjadi pelakon. So memang sesuailah dengan karakter Zafrul.


Tapi part komedi tu kan…kena try lebih sikit hahaha. Nasib baik ada Bell Ngasri dan Mark Adam tolong cover buat jadi kelakar. Hehehe. Andddd Bell Ngasri pulak, punch line dia sangat tepat dan tak melebih-lebih. Bell Ngasri ni memang famous dengan lawak slapstick, lawak yang over-over banyak giitu, so saya memang tak berapa minat la dengan Bell Ngasri ni. Tapiiiii dalam filem ni, terkawal la sikit lawak-lawak Bell tu, so just nice laaa macam tu.


So, Filem HERO : Jangan Bikin Panas ni akan mula ditayangkan serentak hari ni di seluruh Malaysia. Filem ini sangat santai dan kalau kita tengah stress nak ketawa-ketawa sambil sokong filem Malaysia, boleh la tengok filem ni.


But don’t expect too much action dalam filem ni, action scene tu secukupnya untuk filem. Kalau drama boleh la banyak scene aksi kebakaran dan menyelamat, tapi sebab ni filem, so cukup-cukup je aksi menyelamat tu.


Dari segi lakonan, saya tak pernah tengok lakonan Hisyam Hamid dan Mark Adam ni. ini first time tengok, so pendapat saya, semua pelakon ni sangat sesuai dengan watak tu. Tapi Shaharuddin Thamby tu memang rasanya ini watak yang jarang kita tengok dia lakonkan.


Sama jugak macam Dato’ Jalaluddin Hassan. Tak banyak dialog, tapi presence Dato’ Jalaluddin tu memang kita boleh rasa. Amazingly, kita tak rasa pelakon-pelakon berpengalaman ni overshadow pelakon-pelakon muda ni. And Elisya Sandha dan Tash Yong pun not bad juga lakonan mereka. So mereka semua ni blend well together dalam filem HERO : Jangan Bikin Panas.


Saya rasa filem melayu ni semakin bagus dari segi pengarahan dan lakonan. Jom kita support filem melayu supaya lagi banyak filem-filem berkualiti ini dihasilkan.


Klik sini untuk baca Review Filem Motif.


Klik sini untuk baca Review Filem Wangi lakonan Erra Fazira dan Sharnaaz Ahmad