Review Google Podcast
Pada tahun 2018, Google telah melancarkan satu apps baru iaitu Google Podcast. Podcast adalah satu program yang direkodkan menggunakan audio, seperti lagu dan talk. Tetapi pada awalnya, Google Podcast ini direka hanya untuk kegunaan Android devices sahaja. Tetapi sekarang ini, ianya compatible dengan iPhone juga. Hanya perlu download dari Play Store / Appas Store dan boleh terus guna. Lepas download apps, kita boleh pilih dan subscribe dan juga boleh download podcast untuk kita dengar secara offline.
Review saya tentang Google Podcast adalah ianya apps yang sangat mudah digunakan dan best sebab ada banyak pilihan personaliti untuk kita dengar sharing mereka. Lebih kurang macam Spotify juga apps ni, di mana kita kumpulkan dan sibscribe kepada lagu, ceramah atau indovidu yang kita suka. Topik-topik yang ada dalam Google Podcast ni ada banyak, contohnya News, Culture, Business, Education, Technology dan History.
Kita boleh gunakan SEARCH untuk mencari podcast melalui nama artis/personaliti, boleh cari topik atau key terms yang sesuai. Lepastu just tap je mana-mana podcast yang kita minat dan scroll ke bawah untuk tengok topik-topiknya.
Setakat ini, saya subscribe kepada BNI Podcast, Kwik Brain, Ustaz Wafi Annuar Official, TED Talks Daily, Mufti Menk, The Mindvalley dan TED Business.
Saya paling suka Kwik Brain sebab podcast beliau tak lama, dalam 10-3- minit je. Kalau Toby Robbins tu sampai sejam lebih pun ada, so saya tak subscribe hahaha sebab Tony Robbins ni kena fokus dan dengar betul-betul untuk faham. Kalau dengar sambil memandu, memang jarang boleh fokus.
Walaupun baru follow sikit je, tapi saya dah queue kan 27 podcast untuk saya dengar semasa memandu dan semasa di rumah. Dan ini adalah salah satu aktiviti saya untuk memanfaatkan masa dan paling best, saya dah letak dalam jadual saya iaitu pada setiap pagi jam 8.30-9.00, saya akan mendengar at least 1 podcast.
Dan kemudian share semula dalam bentuk tulisan. Sebab bila kita share sesuatu, kita telah belajar dua kali, satu semasa kita belajar, kali kedua semasa kita mengajar atau berkongsi dengan orang lain.
Semoga bermanfaat!
2 thoughts on “Review Google Podcast”
Comments are closed.