Wow. Lama betul saya tak menulis. Sebulan lebih. Memang merasai betul-betul masa mencemburui saya.
Rasa cepat sangat masa berlalu. Sekejap je dah petang. Sekejap aje dah hari Jumaat. Yang ini bestlah sebab weekend boleh relaks dan buat favourite hobby. Tapi cepattt sangat masa berlalu jugak. Dah hari Ahad malam, esok kena kerja pulak.
Pejam celik pejam celik, sampailah masanya untuk saya tinggalkan sesuatu yang dah saya lalui untuk 16 tahun.
Saya tak bercerita sangat tentang hal ni. Kalau orang putih kata, taknak “jinx” the situation. Taknak heboh bercerita, lepas tu tak jadi pulak. Lagipun, sebenarnya saya TAKUT. Takut nak lalui perkara baru setelah 16 tahun buat benda yang sama je.
Tapi saya nak coretkan kat sini supaya saya tak lupa. Dah berumur macam saya ni, banyak perkara terasa berkurangan. Especially dari segi energy dan daya ingatan.
Okay, sebenarnya setelah 16 tahun, saya BERPINDAH tempat kerja.
Tukar tempat kerja is like never crossed my mind. Tak pernah fikir sangat la nak berhenti kerja dan mulakan kerja lain. Ingat nak pencen je kat tempat kerja lama tu. Haha.
What made me moved? Apply, interview and dapat kerja baru? Dalam industri yang totally berbeza dengan yang sekarang?
Sebab saya rasa boring. Boring dah buat kerja rutin. No challenge there. But not the company’s fault. Bukan salah company lama saya. Saya yang salah. Saya rasa boring, jadi dah takde cabaran. Saya rasa macam dah takde sumbangan dah pada company tu.
So saya mula cari peluang lain. Peluang yang membolehkan saya membantu diri saya untuk cemerlang semula. Peluang untuk saya bantu syarikat yang perlukan pengalaman dan pengetahuan saya. Sama-sama memberi dan menerima.
And, to cut the story short, saya dapat peluang baru. Proses pun tak lama. Jadi bila dapat, ianya sesuatu yang tak dijangka. That’s why saya sangat takut. Sangat takut okay.
Industri berbeza sangat. Engineering ke fashion. Pakai uniform to Smart Casual. Workload berbeza. Yang sama hanyalah debit credit akaun. Hahaha.
So now, I am enjoying the challenge that I want. Bebetul cabaran sebab totally different. Kena cepat catch up dan terus perform yang terbaik.
Itu sebenarnya yang terbaik dalam hidup kita. Bila kerja kat tempat baru ni, saya baru tersedar yang saya dah buat silap. Bukan silap sebab berhenti, tapi sebab saya tak buat yang terbaik masa saya kat company lama. Tapi saya rasa, kalau saya tak pindah kerja, saya akan hanyut dalam keterlekaan saya. Saya tak akan sedar yang saya sebenarnya yang buat silap. Saya sebenarnya yang tak buat the best that I can.
Tapi saya bertuah sebab dapat betulkan keadaan. But keadaan sayalah. Tapi saya tak akan kembali kepada saya yang lama. I wanna be a new person. Be better, like I used to.
Doakan saya berjaya ya? Ameen. Insyaallah.