Alhadulillah, hujan seketika semalam…sejuk sedikit udara Shah Alam..Bila tiba musim panas sebegini, apa yang menarik adalah:-


a) baju yang didobi akan cepat kering – penting buat mereka yang rumahnya bertingkat-tingkat..mereka akan menjemur baju di bawah iaitu di pagar sekeliling apartment..saya? oh tidaklah rajin untuk ke bawah mengangkut bakul yang berat itew..jadi saya telah mentransformasi bilik ke-3 saya menjadi bilik dobi..di situlah penjemuran baju berlaku dan di satu sudut terletaknya papan seterika dan seterika..


b) banyak minum air – terutamanya water – apa ye dalam bahasa melayu? saya panggil air masak walaupun air itu hanya ditapis bukan dimasak 😉


c) peluh mencurah-curah seperti bersenam lagaknya…amat penting bagi saya yang tidak fit ini