Teks : Saudah Salleh
6 Januari adalah tarikh kelahiran suami saya. Memang dalam keluarga kami, sambutan adalah penting kerana pada tarikh itu, semua ahli keluarga akan berkumpul.
Tak perlu belanja besar pun, secawan kek pun sudah memadai. Apa yang penting, ingatan dan keluarga berkumpul meraikan bersama-sama. Sekarang lebih mudah, adanya bantuan teknologi seperti Whatsapp, Wechat dan Facebook menyenangkan ucapan dibuat.
Oleh kerana tahun ini jatuh pada hari Isnin, maka sambutan dibuat hanya dengan saya sahaja. Hihi.
Tetapi dapat juga men’surprise’kan suami dengan bantuan rakan kami iaitu Paktam dan isterinya Kak Ros.
Yang menyeronokkan adalah apabila suami sendiri memilih kek hari lahirnya sendiri.
Saya cerita dari mulalah.
Hari lahir saya pada 2 Januari. Jadi sebab dah ada perancangan lain, maka hajat Paktam nak sambut bersama terpaksa ditunda. Datang idea nak kejutkan suami pada hari lahirnya.
Jadi beritahu suami yang Paktam nak belanja sempena dengan hari lahir saya. Bahagian kek pula, sambutan lebih meriah jika ada kek kan? Tak mahu menyusahkan Paktam, saya cakap pada suami, Paktam minta belikan kek. Siap minta suami pilih nak kek yang mana.
Maka, inilah kek hari lahir yang dipilih. Ringkas. Menarik sebab ada Dairy Milk Chocolate tu.
Pakat dengan pelayan yang sangat best di Zam Zam Cafe & Satay Club, agar hidangkan kek ini dan minta menyanyikan lagu harijadi termasyhur di dunia.
Yang kelakarnya, kami terlupa nak maklumkan siapa Birthday Boy nya, dan Birthday Boy itu tidak perasan yang ianya untuk beliau sehinggalah ke bait ‘Happy Birthday Rahim’. Memang kelakar betul.
Ini muka terperanjat beliau setelah meniup lilin.
Paktam ada merakam video, memang nampak muka suami terperanjat dan tersipu-sipu semasa sambutan ini.
Gembiranya hati dapat membuat sambutan kejutan kepada suami. Mudahnya merancang sebab suami memberikan kerjasama sepenuhnya. Suami kata ‘Ingat hanya makan-makan sambut birthday ayang je’. Haha comel la suami.
Tahun depan kena ubah taktik sebab taktik ini dah guna pada 2013 dan 2014.