Selepas demam pertama 2019, ingatkan semakin sembuh, rupanya….
Sebabnya, terasa badan panas tu banyaknya sebelah malam. Siangnya macam boleh tahan laaa, lagipun kat bengkel, office atas tu ada air-cond. Agak-agak tak sedap badan, saya boleh rehat kat atas. Tapi Sabtu tu banyak kerja, jadi tetaplaaah duduk bawah jugak lagipun badan tak terasa demam sangat.
Dalam MRT, tak ramai orang jadi selesa la. Nak nak pulak aircond sikit punya kuat, lagilah saya suka. Badan tengah panas, dapat air-cond kuat pulak, selesalah sikit. Walhal orang sekeliling siap keluarkan shawl selimut badan sebab sejuk. Saya dok relaks je.
Ambik selfie, sekali macam “Ya Allah scarynya mukaaaaa”. Hahahaha boleh takut tengok muka sendiri tengah demam.
Tapi memang pun, dengan mata bengkak, pucat lesi muka mau tak takut tengok. Tapi yelah, gagahkan jugak laaa nak gi belajar.
Gambar bawah ni tengah tunggu kawan ambil. Masa ni dah larat sikit laaa walaupun demam tengah tinggi.
Bila tengah belajar, selsema pun tak nak berhenti, jadinya makan Loratadine ni sebiji. Katanya tak mengantuk macam Cetrizine, maka kita cubalah ya.
Alhamdulillah memang tak mengantuk. Tapi mungkin jugak sebab minum 3 cawan White Coffee dan 1 cawan Nescafe yang FREE kat Tech Mahendra ni.
Lepas kelas, kawan-kawan ajak makan. Dorang nak bawak ke IOI Mall Putrajaya, saya jawab okay je.
Tapi tengah tak larat betul masa ni. Sebab sepatutnya dah kena makan ubat demam tapi saya terlupa nak bawak.
Makanya lepas order makan, tersadai di tepi meja.
Masa belek menu, Ya Allah, semua pun macam tak selera! Tak tahu nak pilih apa. Jadinya saya cuma pilih Menu Tempura saje. Sebab bergoreng kan, Insyaallah boleh telan. Tapiiii saya lupa sini mana ada sos cili nak dip adoiiiii. Yang pedas hanyalah wasabi. Hahaha. Apalaaaa bila demam ni, apapuntakboleh.
Jadi saya pilih :
1. Yasai Tempura (kiri)
– Lightly-battered assorted mushrooms & vegetables
Saya expect Vegetables tu macam Bendi (Okra), Terung (Eggplant), Mushroom pulak ada banyak. Sekali datang, Keledek 3 potong, Terung 2 potong dan Mushroom Toadstool.
Keledek dengan Terung kan angin, so saya tak sentuh. Makan Mushroom je. Yang lain kawan-kawan habiskan.
2. Yasai Kakiage
– Lightly-battered shredded vegetables
3. Tuna Mayo Inari
Kulit tahu diisi dengan Nasi Sushi dengan Tuna Mayo. Haaaa yang ni sedap sebab kulit tahu tu ada manis. Kenalah dengan tekak ni yang tengah serba tak kena.
Habis je makan, terus ajak balik sebab dah tak larat.
Tengah-tengah jalan, terjumpa pulak Dunkin Donuts dan terus order Bavarian Custard untuk bekalan MRT.
Pukul 8.00pm, saya dah naik MRT ke TTDI. Tu pun husband dah asyik tanya, kat mana nak balik jam berapa, minum banyak air ke tak, hahahaha sesekali husband sweet sweet macam ni, rasa berbaloi demam panas gigih pergi belajar.
Tapi tapi tapi, bila Isnin malam pun masih belum okay demam panas tu dan dada pun dah mula rasa ketat, makanya Selasa pagi terus ajak husband singgah klinik sebelum ke bengkel. Sebabnya saya dah takde suara terus dan tekak ni rasa macam sakit sangat sebab suara takde.
Masuk masuk bilik doktor, doktor ambil suhu dan memang ada demam. Siap kena marah lagi kena dah 6 hari baru nak ke klinik jumpa doktor. Saya jawab “Ingat demam biasa je” hahahaha. Dahlah cakap berbisik-bisik je sebab takde suara.
Dah check suhu, check tekanan darah pulak sebab saya kan hypertention patient dan hasilnya memang tinggi tekanan saya 160/80 degupan jantung saya agak laju iaitu 93. So doktor concern sikit pasal ni.
Check jugak tekak dan telinga sebab saya cakap saya tak berapa dengar. Telinga clear (syukur) dan tekak pun tak berapa merah (syukur).
Tapi rupanya saya dah terkena chest infection yang mana simptom-simptom adalah seperti Chesty Cough (Batuk Berkahak), Shortness of breath, High Temp of 38C or above. Dan selalunya Chest Infection ni mengikut Common Cold (Runny Nose, Sore Throat, Cough).
Patut laaa demam tak baik-baik. So kena makan antibiotik dan doktor prescribe Amoxycillin 500mg sebanyak 10 biji 3 kali sehari.
Alhamdulillah, 2 hari rehat (Selasa rehat kat bengkel je, Rabu baru totally duduk rumah).
Harini Alhamdulillah suara dah kembali semula. Walaupun masih ada sengau dan garau tapi dah boleh la bercakap compared to before. Cumanya demam masih low grade dan batuk masih belum berhenti.
Malam tadi, agak teruk batuk sebab saya makan ubat batuk jam 10.00pm. 10.30pm dah start mengantuk so naik atas tidur.
Tapinya jam 11.30pm dah terjaga sebab batuk sampailaaaah jam 2am kot baru dapat lelap deep sleep sampai pukul 6.30am. Terlambat jaga pulak hari ni. Tapi syukur juga dapat tidur tanpa batuk, kalau tak, memang cuti lagi laaa untuk qada’ tidur. Bayangkanlah husband pun asyik terjaga sebab dengar saya batuk. Tapi dia relaks je sambung tidur sebab saya dapat control batuk dan tak tersedak. Sebab kalau tersedak, saya sampai tak boleh bernafas dan kena ada orang tolong tepuk belakang untuk redakan tersedak tu.
Now, alhamdulillah dah semakin sembuh. Ada sikit-sikit selsema demam dan batuk tu, taking time to recover dah tetua ni hehehhe.
Take care semua!