Senarai Kesyukuran 24 Mei 2021
Saya amat suka dengan ayat 7 Surah Ibrahim ni. Dan saya bermula dengan Senarai Kesyukuran untuk 24 Mei 2021.
وَإِذ تَأَذَّنَ رَبُّكُم لَئِن شَكَرتُم لَأَزيدَنَّكُم ۖ وَلَئِن كَفَرتُم إِنَّ عَذابي لَشَديدٌ
Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.
- Saya bersyukur dengan tahap kesihatan saya, suami, Mak, adik perempuan saya yang serumah dengan saya.
- Saya bersyukur dengan rezeki makanan kami semalam – Spaghetti Goreng yang saya masak adalah sedap sangat hahaha. Nasi Ujan Panas yang kami pesan dari rakan BNI Solusi yang sedap. Ubi rebus dimakan dengan Sambal Tumis Bawang pedas tapi sedap. Ubi yang dibeli dari Pasar TTDI melalui GRAB adalah elok dan lembut. Kuih muih dan kerepek raya. Oh Lai Chee Kang yang sedap sebab kurang manis!
- Saya bersyukur dengan rezeki dapat basuh kain baju di Dobi Queen. Walaupun ramai, semuanya menjaga SOP dan ada washing machine dan dryer untuk kami tanpa perlu menunggu. Ingatkan hari Ahad jam 10.00 pagi tak ramai orang hahahaha.
- Saya bersyukur dapat membaca novel Divine Evil by Nora Roberts. E-book sahaja.
- Saya bersyukur dengan rezeki beli karpet yang cantik dengan harga yang murah tetapi berkualiti.
- Saya bersyukur dengan rezeki suami yang rajin sebab semalam beliau bantu membersihkan rumah dari luar sampailah ke dapur. Siap saja vacuum dan mop, terus pasang karpet raya. Walaupun lambat diterima tapi Syawal kan sebulan.
- Dan lain-lain kesyukuran yang tidak tertulis di sini.
Ini hanyalah sebagai diari saya sahaja. Konsisten dalam menulis blog dan membuat senarai kesyukuran setiap hari.
Ada banyak pendapat dan teori namun saya ambil pendekatan bahawa apa sahaja yang kita syukuri, Allah akan membalas nikmat-Nya itu berkali-kali ganda. Satu perkara yang simple dan mudah dibuat tetapi saya sendiri baru nak konsisten menulis setiap hari. Sebelum ini hanya membaca doa dan bersyukur apabila bangun pagi dan ketika sujud syukur. Selalu sangat lupa nak bersyukur so dengan cara ini, Insyaallah akan konsisten.
Actually adakalanya rasa susah nak konsisten ni bukan sebab kita takde benda nak disyukuri, cumanya saya rasa macam alaaa sama je dengan semalam dan hari-hari sebelum tu.
Ada juga yang kata, senarai kesyukuran ni buat di pagi hari dan tulis seperti kita dah dapat, maksudnya bayangkan apa yang kita dapat harini dan tulis, lebih kurang macam wishlist kita. Tried this cuma nak kena konsisten lagi.
Then saya dapat sesuatu dari guru penulisan saya, iaitu Senarai Kesyukuran ni buat untuk apa yang kita syukuri untuk hari semalam. I think this is a good start supaya kita konsisten dalam menulis senarai. Saya bersetuju dengan beliau sebab menulis untuk perkara yang dah berlaku adalah lebih senang dan cepat berbanding menulis sesuatu yang belum berlaku. So this is what I do, starting today Insyaallah.

Semoga bermanfaat!