Ini kisah semasa saya menyertai kelas di bawah bimbingan Puan Faridah Hanim berkaitan KEPIMPINAN.
Dalam tugasan ini, orang buta diminta untuk membina khemah. Macam mana tu? Dahlah tak nampak, lagi mau suruh pasang khemah.
Jadi, orang celik akan membantu mereka. Tetapi syaratnya, mereka tidak boleh menyentuh orang buta dan mesti berada di luar kotak permainan.
Bukan kami seorang sahaja yang berada dalam Bilik itu, ada 5 kumpulan yang masing-masing mahu menyelesaikan masalah ini.
Maka, dalam keadaan hiruk-pikuk ini, kami perlu bekerjasama dan fokus serta membantu ahli kumpulan buta menyelesaikan tugasan.
Apa yang saya dapati, komunikasi sangatlah penting. Salah satu karakter ahli-ahli kumpulan yang hebat adalah mereka berkomunikasi secara langsung (Direct), secara kerap dan secara santai.
Arahan yang kita berikan tu, mestilah sangat-sangat jelas. Sampaikan perlu beritahu sebegini, “Tya, gerak 2 langkah ke belakang.” “Pusingkan badan arah jam pukul 3.” Memang kena detail, sebab mereka kan tak nampak? Hanya bergantung kepada suara kita untuk panduan.
Terbukti, dalam kumpulan, PEMIMPIN yang bagus akan memberikan hasil atau keputusan (result) yang hebat.
Tugasan kali ini, kami memilih Tuan Asrul yang berbaju hitam yang berdiri di kanan sekali sebagai pemimpin. Pemimpin adalah terbaik apabila anak buah/ahli pasukan mengikut arahan yang diberikan dan sama-sama mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
FB:Rahim Auto
Orang Buta Membina Khemah
TEAM
is a small group of people
with complementary SKILLS
who are COMMITTED
to a common PURPOSE,
performance GOALS and approach
for which they hold themselves ACCOUNTABLE
~Katzenbach, J.R. & Smith, D.K 1993/2003
The Wisdom of Team.
Creating the High Performance Organisation, New York:Harper Business~