Saya kongsikan sinopsis filem JODOH SYAITAN yang saya tonton di Gala Premiere pada 28 Februari 2020 yang lalu. Filem ini berkisarkan kepada kehidupan Megat, seorang pemuda yang sering menemui kegagalan dalam percintaan. Setiap kali cintanya ditolak, Megat akan memberitahu Mak Timah dan Mak Timah akan menyuruh Megat untuk balik ke kampung. Namun Megat tidak mahu pulang ke kampung kerana katanya, di kampung tiada kerja untuk Megat.

Kali ini, Mak Timah benar-benar menyuruh Megat balik ke kampung dan duduk bersama beliau kerana Mak Timah mempunyai seorang wanita yang dirasakan sesuai sebagai calon isteri Megat.

Mak Timah merasakan Mawar adalah calon paling sesuai kerana Mawar seorang yang cantik dan berbudi bahasa. Cumanya Mak Timah tidak mengetahui asal-usul Mawar kerana Mawar dijumpai oleh Mak Timah semasa dalam perjalanan beliau ke surau di waktu Subuh. Mawar juga tidak ingat bagaimana beliau boleh berada di sekitar kawasan rumah Mak Timah.

Di dalam kampung yang sama, Tok Salleh merupakan seorang bomoh terkenal di situ dan beliau mempunyai dua orang pengikut setia. Awang dan Kulop yang juga kawan Megat di kampung sedang sibuk mencari mayat wanita untuk dipaku. Tujuan mayat dipaku adalah untuk menghidupkan semula mayat tersebut untuk dijadikan isteri kepada Tok Salleh bagi memenuhi hawa nafsunya.

Adakah Megat dan Mawar akan berkahwin? Mengapa Tok Salleh mengarahkan Awang dan Kulop mencari seorang wanita yang didambakan beliau dengan segera? Siapakah Mawar yang sebenar? Siapakah yang berkahwin dengan syaitan? Siapakah SYAITAN yang sebenar?

‘Kisah Manusia Berkahwin Dengan Syaitan’

Saksikan Filem Jodoh Syaitan di pawagam seluruh negara pada 5 MAC 2020.

Baca Review Filem Jodoh Syaitan di sini.

BARISAN PELAKON :

Soffi Jikan                                        – Megat                           

Aprena Manrose                             – Mawar                     

Abam Bocey                                    – Kulop                                  

Jay Iswazir                                       – Awang        

Kamarool Hj Yusof                        – Tok Salleh              

Fauziah Nawi                                   – Mak Timah             

PELAKON PEMBANTU

Intan Hazatulnisa Idrus                 – Leha

Siti Sarah Daud                               – Isteri Tok Salleh

Mazlina Abdul Majid                     – Isteri Kulop

Nik Suratul Suriana                       – Mayat Hantu Minyak Dagu

Mohamad Fathullah Aris             – Pontianak

Nadia Farida                                    – Teman Wanita Megat

Mahussin Dollah                            – Pelanggan Warung

Nor Aisham Izudi Aziz                   – Pelanggan Warung

Muhammad Fitril Hadi                   – Pelanggan Warung

PENAMPILAN ISTIMEWA

Ustaz Dato’ Sharhan Shafie           – Tok Imam

Dato Mokharul Shamsul Mokhtar – Wahid

KARYAWAN

Terbitan                                            – Da Motion Media Sdn. Bhd.

Penerbit                                            – Dato Mokharul Shamsul Mokhtar

– Datin Norliza Samion

– Prof Dato Dr Azman Ching

Pengarah                                          – Ismail Bob Hasim

Penolong Pengarah                      – Azaromi Ghozali

– Epy Kodiang

Jurukamera                                     – Ang Yee Khee

Pengurus Produksi                       -Syed Muhamad Izzudin Syed Akil

Pengarah Seni                                -Muhammad Tarmizi Ramli

Skrip                                                  – Epy Kodiang

Jurusolek                                         – Nor Syakila Onn