Sinopsis Filem M4M4 (MAMA) Lakonan Nabila Huda dan Bella Dowanna
Saya sertakan sinopsis rasmi filem M4M4 (MAMA) yang saya dapat dari press kit. Filem ini merupakan filem pertama gabungan Nabila Huda dan Bella Dowanna.
Alya mempunyai dua kawan baik iaitu Daniel dan Ellie. Mereka bertiga tinggal di kawasan yang sama dan membesar bersama-sama. Pada suatu hari, mereka diganggu oleh tiga orang lelaki iaitu Apai, Luk dan Remy, samseng yang terkenal di kawasan tersebut. Mereka sering menganggu pelajar-pelajar sekolah yang makan di kawasan tersebut, termasuk Alya.
Semasa Alya dan Ellie sedang menunggu bas, ada sesuatu perkara telah menimpa Ellie dan dia terpaksa beredar, namun berjanji akan balik menaiki bas bersama-sama.
Aini cuba menyembunyikan emosinya sebagai ibu demi membantu Alya yang masih trauma. Namun, tekanan yang diterima dalam kalangan masyarakat menyebabkan jiwanya sebagai ibu turut terkesan. Melihatkan keadaan Aini, Alya cuba bangkit dan cuba untuk melupakan apa yang sudah terjadi. Dia mahu memulakan segalanya bersama Aini.
Bagaimana Aini sebagai seorang MAMA menangani kemelut emosinya? Adakah Aini sanggup memaafkan Apa, Remy dan Luk? Segalanya bakal terjawab di dalam filem M4M4 yang bakal ditayangkan di pawagam pada 6 Februari 2020.
Ini trailer untuk Filem M4M4.
PARA PELAKON FILEM M4M4:
Aini – Nabila Huda
Alya – Bella Dowanna
Tuan Azahari – Faizal Hussein
Apai – Kodi Rasheed
Luk – Ungku Hariz
Remy – Niezam Zaidi
Daniel – Izzy Reef
Ellie – Eyra Hazali
Alya (8 Tahun) – Amanda Hariz
KARYAWAN :
Terbitan:
Penerbit:
Penerbit Eksekutif:
Norliza Samion
Mokhairul Syamnizar Mokhtar
Pengurus Kewangan:
Pen. Pengurus Kewangan:
Penerbit Penyelaras:
Pengarah:
Penolong Pengarah 1:
Penolong Pengarah 2:
Pengarah Sinematografi:
Pengarah Seni:
Penata Busana:
Jurumekap dan SFX:
Pengurus Produksi:
Pen. Pengurus Produksi:
Pengarah Aksi:
Penulis Skrip:
Di sebalik Tabir:
Audio:
Konti:
Loader:
Runner:
Handy:
Pen. Produksi:
Muhammad Aqil Muhammad Halil
Pelajar Praktikal (KUIS):
Mohamad Zulhatim Tohir
Nur Azira Ahmad Naser
Asmaa’Laila Yacob