Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 yang lepas dan banyak kisah kebaikan beliau yang kita dapat kita baca sehinggakan Shuib menggelar beliau bidadari syurga. Just for recap, Siti Sarah sedang mengandung dijangkiti COVID-19 pada 25 Julai lepas. Bukan beliau seorang sahaja, malahan Shuib dan anak-anak mereka juga turut dijangkiti. Tetapi selepas beberapa hari, akibat batuk teruk dan kekurangan oksigen, beliau telah dimasukkan ke Pusat Perubatan UKM (PPUKM) pada 4 Ogos 2021. Pada 6 Ogos, beliau telah ditidurkan dan pada hari yang sama, beliau telah melahirkan anak lelaki secara ceasarean section (C-Sect) yang diberi nama Ayash Affan. Namun beliau telah menghembuskan nafas terakhir beliau pada jam 5.13 pagi pada 9 Ogos 2021.

Saya bukanlah peminat tegar Siti Sarah, cuma sukakan pada suara dan nyanyian beliau sahaja. Especially lagu duet dengan Jamal Abdillah iaitu Sandarkan Pada Kenangan. Adalah beberapa lagu lain yang sedap didengar tapi saya tak ikuti sangat. Terperanjat juga bila jodoh beliau adalah Shuib tapi itu rezeki beliau kan?

Apa yang saya nak kongsikan adalah kebaikan yang beliau lakukan sehinggakan semasa beliau sakit di ICU dan kemudiannya menghembuskan nafas terakhir beliau, pelbagai lapisan masyarakat telah mendoakan beliau dan menyebut-yebut kebaikan demi kebaikan yang beliau lakukan. Paling saya kagum adalah Ustaz Ustazah juga turut mendoakan beliau dan bercerita tentang beliau. Juga apabila Yang DiPertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong turut sama menzahirkan ucapan takziah kepada Shuib dan keluarga Siti Sarah. Hebatnya beliau dan dari pembacaan saya, ada 3 perkara yang beliau lakukan sehingga mendapat penghormatan yang tinggi pada saat pengakhiran hidup beliau.

Pertama, taat kepada suami

Dari awal perkahwinan mereka, Siti Sarah sangat menghargai Shuib dan tidak pernah berhenti menyokong karier suami beliau. Walaupun katanya mereka hidup susah masa awal-awal kahwin, tapi susah betul nak dapat tahu cerita mereka sehinggalah rakan-rakan rapat yang bercerita. Padahal masa tu, nama Siti Sarah semakin popular tapi tak nampak pun Sarah tu overshadow Shuib or even overruled suami beliau.

Saya memang kagum sebab it is not easy to do that. Saya pun sometimes terbabas juga dalam hal ini.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Apabila seorang wanita (isteri) itu melakukan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga harga dirinya, dan mentaati perintah suaminya, maka di akhirat kelak, dia dipanggil untuk masuk ke syurga daripada mana-mana pintu yang dia sukai (sesuai dengan pilihannya)”. (Direkodkan oleh Imam Ahmad dalam Musnad Ahmad)

Kedua, beliau sangat suka bersedekah

Ramai rakan-rakan Siti Sarah berkongsi akan kesukaan beliau untuk bersedekah tetapi yang bestnya beliau menyembunyikan derma-derma yang beliau buat. Antara yang saya baca adalah memberi koleksi tudung tudung keluaran beliau iaitu Loveta kepada jururawat yang bertugas di wad dan juga sebelum tiba di hospital, beliau telah memberikan sejumlah wang yang besar kepada ibu tirinya untuk diagih-agihkan.

Dalam satu program televisyen, Siti Sarah juga berkongsi cerita bilamana duit dalam tangan hanya ada RM500 tetapi mereka berdua tetap memberikan separuh jumlah itu kepada bonda mereka! Hebatnya beliau yang sentiasa mengingati Allah dan membuat perkara-perkara yang Allah suka dan ini semua menjadi contoh kepada kita supaya sama-sama berbuat kebaikan semata-mata kerana Allah.

“Sesungguhnya tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya). Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.”

Surah Saba Ayat 39

Ketiga, beliau adalah sahabat yang baik

Ini pun banyak perkongsian kebaikan Siti Sarah yang sering menghubungi rakan-rakan dan kerap membantu mereka yang sedang dalam kesusahan. Kita boleh tengok persahabatan beliau dengan Ustaz Mohd Izhar, yang bercerita tentang kebaikan beliau. Begitu juga dengan Azharina yang telah berkawan selama 20 tahun. Siti Sarah juga selalu mengucapkan tahniah atas kejayaan rakan-rakannya dan sering membantu perniagaan kawan-kawan dan juga strangers.

Inilah antara kebaikan-kebaikan yang beliau lakukan dan ianya memberikan saya inspirasi untuk berbuat kebaikan dengan lebih banyak lagi. Insyaallah.

Siti Sarah meninggal dunia

Baca Review Google Podcast di sini.