Snek merupakan makanan ringan yang lazimnya dimakan dalam waktu yang singkat. Ianya dimakan di antara waktu makan utama dan biasanya makanan snek sedap dan lazat tetapi kurang atau tidak berkhasiat dan penuh dengan lemak, gula dan garam [1]. Secara puratanya, individu dewasa akan mengambil snek sekurang-kurangnya sekali dalam satu hari. Dianggarkan bahawa pada tahun 2025 ini, industri snek berasaskan kacang akan mengusai pasaran dengan jumlah transaksi sebanyak USD53,416 juta atau RM229,987 juta! Ini adalah berdasarkan kadar tukaran asing USD1 = RM4.31. Wow! Atas sebab inilah, Snek Rangup Kacang Gula Noors Cookies PeDAS telah dikeluarkan oleh Noor Cookies yang beroperasi di Balik Pulau, Pulau Pinang.

Baca mengenai Kacang Potong Noor Cookies di sini.

Snek rangup kacang gula ini atau nama lainnya bepang kacang ni memang snek yang sedap. Sekali mula makan, tau-tau dah kosong dah bekas tu. Disebabkan bahan-bahan yang digunakan adalah sedikit dan mudah didapati, Kacang Potong sentiasa popular di masa perayaan sejak dahulu lagi.

Kacang potong ni dibuat hanya dengan menggunakan 3 bahan sahaja iaitu kacang, bijan dan gula pasir. Proses membuat kacang potong ini dimulakan dengan proses menyangai kacang atau kacang digoreng di dalam kuali tanpa menggunakan minyak. Goreng sampai kacang masak atau mudahnya sampai kulit kacang mula tertanggal. Tapi jangan dibiarkan sahaja kacang tu, kena selalu kacau-kacau supaya tak hangus. Angkat kacang dan asingkan kulit.

Gula pasir pula dimasak sehingga cair sepenuhnya dan campurkan kacang dan bijan dengan karamel serta digaul sehingga sekata. Adunan yang telah sekata dan masih panas dipindahkan ke atas papan rata atau bekas dan ditekan atau digelek rata perlahan-lahan menggunakan senduk atau penggelek sehingga nipis dan sekata. Akhir sekali, bepang kacang dipotong dengan pisau mengikut saiz yang dikehendaki sebelum sejuk sepenuhnya dan dibungkus.

Jika inginkan Door Gift Kacang Potong, boleh dapatkan di sini.

Apakah cara untuk mendapatkan Kacang Potong Noors Cookies?

Facebook – Noor Cookies

Instagram – Noor Cookies

Whatsapp – 010-390 5190

Semoga bermanfaat!