Tak Berbaloi Ke KitchenAid Warehouse Sale.

Hari Jumaat 25 Ogos 2017 tu, kami balik kampung. Petaling Jaya je, hehehe. Sebab adik ajak ke KitchenAid Warehouse Sale. Senang sikit tidur sana sebab dekat.

So, pagi Sabtu tu ayah ajak makan kat Kedai Tok Ayah. Ini nama kedai tu, bukan kedai Tok Ayah saya. Kat sini, ayah suka sangat dengan Roti Tampal dia. Sedap dan lembut. Dhal pun sedap jugak. At the same time, ada jugak jual Nasi Lemak, Nasi Kerabu, Nasi Dagang.



Ini memang kedai favourite. And also famous sebab masa ziarah Ayahchu di PPUM, our cousins ada mention tentang Nasi Kerabu Tok Ayah ni. Cousin ada belikan Nasi Kerabu untuk cousin yang jaga Ayahchu. Depa dok cakap pasal Nasi Kerabu sedap giler kat Kelana Jaya. Bila tanya kedai mana, mereka jawab Tok Ayah! La…… kami memang selalu beli kat sini. Cuma kami selalu tapau je Roti Canai, Roti Tampal dan Roti Telur.


Maka, kami pun plan lah ke sini. Saya memang suka Nasi Kerabu. Orderlah satu dengan Ikan Keli Goreng.




Rasa? Sedap, cuma saya lagi suka Nasi Kerabu Restoran Sri TTDI kat Shah Alam. Dan juga Nasi Kerabu Pak Abu. Tapi Nasi Kerabu Pak Abu ni dah takde. Sebab orang yang buat tu dah balik Kelantan. Tapi okaylah, semua rasa cukup dan harganya still affordable.


Then, my sister and I pergi pulak ke Warehouse Sale. KitchenAid punya barang. My sister kan baker, so memang favourite ‘toy’ dia lah ni. Gerak pukul 8.45am, tapi bila sampai area Damansara Perdana tu, takde parking. Dahlah takde parking, barisan orang beratur pun dah mula panjang. 


Nasib pergi berdua, so my sister pergi beratur, saya tunggu parking. Tapi saya tak pusing-pusing pun, just double park je hehehe. Tapi masa tu dah start nampak shopper keluar dari kedai bawak plastik-plastik besar yang ada mixer la, bowl la, memacam lah. 

Alhamdulillah, dapat parking jugak bila orang sebelah keluar dari designated parking. Terus pergi kat line, cari my sister. Beratur agak lama jugak, 1 hour jugak, tapi bila masuk, tak sampai setengah jam dah keluar balik. 

Memanglah murah (sedikit), tapi takde waranty. But, so far masa tengok, everything masih elok. Takde kemek, calar. Boleh berfungsi. Maybe ia set Display kot. Ada la hand mixer, bowl, apa tah. Tapi kami keluar empty handed. Sebab takde yang sesuai nak dibelinya.

For me, berbaloilah beli mixer walaupun takde waranty hehehe. But I am no baker. 

Dulu yes, but sejak adik buat lagi sedap lagi terror lagi rajin, pass baton pada dia. Saya setakat timbang, adun, terap boleh. Nak menunggu bakar sesatu dulang tu la yang tak larat. Dari dulu lagi, dialah yang tunggu masa bakar. Ahkaknya, dah siap terap, dah siap bersih kemas dapur, saya pi tidur. Dia tidur masa saya dok buat biskut. So masa saya dah siap, dia tak mengantuk. Lepak tengok tv.

So pagi sarapan kat Tok Ayah is berbaloi. Tapi kat KitchenAid tak berbaloi. Lepas KitchenAid, pergi tempat makan yang berbaloi. So stay tune.


p/s : Dah lama tak menulis. Bila datang mojo, tak menyempat. Dapat balik mojo menulis selepas ‘pulih’ dari kecederaan 2017. Alhamdulillah.