The Liar by Nora Roberts

My favourite author ialah Nora Roberts. Sentiasa mencari novel karya beliau supaya lengkap koleksi saya yang saya kumpul dari tahun 2000 lagi.


Ada novel yang sampai tanggal kulitnya sebab saya dok ulang baca. Ada jugak yang hilang bila dipinjamkan dan tidak dipulangkan.


Saya memang prefer novel English, sebab jalan cerita mereka. Kajian yang dibuat agak teliti, dan cara mereka menulis tu sangat detail. Tak hanya cakap matahari itu bersinar, tapi dijelaskan sampai kita sendiri boleh membayangkan perkara itu.


So, novel The Liar ni saya dah baca sinopsisnya tahun lepas, tapi lepas tu saya tak ingat tajuknya. Saya cari tapi rupanya hanya direlease pada Mac 2016 untuk mass market paperback. Patutlah…


Saya hanya ingat sedikit pasal watak utamanya iaitu Shelby yang ditipu oleh suaminya.




Semua tipu ni, Shelby dapat tahu hanya selepas kematian suaminya, Richard. Richard ni mati, dia tinggalkan Shelby dengan hutang. Lepas tu, bila Shelby nak jual barang kemas yang Richard belikan untuk dia, barulah Shelby tahu yang barang kemas tu pun tipu! Dan baru dia tahu yang insurans untuk barang kemas tu pun tipu!


Kesian giler kat Shelby. Dia ingat, dengan hasil jualan barang kemas tu, bolehlah dia bayar hutang-hutang yang Richard tinggalkan.


Hutang tu semua hampir USD 3 juta. Tapi bila Shelby jual barang kemas, jual baju-baju, jual arts collection Richard, jual perabot-perabot yang Shelby dan real estate agent dia kata “It is so ugly”, dapatlah Shelby bayar dan selesaikan hutang 2 kad kredit. Dapat jugak jual rumah mereka di Atlanta dengan harga yang bagus.


So, Shelby pun baliklah kampung dia kat Tennessee. Ni kira kat Selatan Amerika Syarikat. Ada satu insult (penghinaan) yang sopan yang famous penduduk South ni gunakan iaitu “Bless your heart” yang Shelby gunakan untuk insult Melody. Melody ni musuh ketat Shelby dari zaman sekolah lagi.


Tapi, kisah lampau Shelby ni ikut sampai kat kampung. Tu yang tagline novel ni. 


A new life. A new home. But can she ever escape her past?

Nanti kat kampung, Shelby dan Callie, anak perempuan Shelby, jatuh cinta dengan Griffin Lott. Griff ni kawan baik dengan Matt, yang tengah bercinta dengan Emma Kate, best friend Shelby.

Best lah novel ni. Bagusnya Shelby ni, dia FOKUS pada PENYELESAIAN. Memang dia kecewa bila Richard tipu dia dan tinggalkan hutang untuk dia tanggung, tapi dia tak ‘main biola’ sangat. Terus dia fikir, macam mana nak selesaiakan hutang ni. Apa dia boleh buat, apa yang perlu dia buat. Bila dia fokuskan kemarahan dan kesedihan dia pada mencari solusi, sekejap aje dah dapat. Tu yang kejap aje 1 kad kredit dia dapat bayar sebelum dia tinggalkan Villanova.

Support family juga sangat membantu Shelby. Dia kuat sebab dia ada family yang sentiasa menyokong dia. Marah memang marah sebab Shelby sebenarnya lari tinggalkan rumah dan ikut Richard dan kahwin di Vegas, tapi di saat Shelby ditimpa tragedi, semua datang membantu.

Shelby kata, dia tak kesal tinggalkan family dan berkahwin dengan Richard. Sebab kalau dia menyesal, maknanya Shelby ni tak hargai Callie, yang mereka berdua conceive masa mereka berkahwin.

Cuma dia kesalkan, dia tak cukup kuat untuk keluar dari kongkongan Richard, yang sebabkan Shelby lukakan hati Emma Kate dan family dia.

Ending dia, sangat unexpected bahagian stalker Shelby. Yang Shelby dengan Griff tu memang boleh agak. Yang part stalker tu saya salah teka.

Itu yang best novel-novel Nora Roberts ni. Bukan novel biasa yang asyiklah ‘cliche’ je jalan cerita dia.

The Liar ni saya beli thru www.mphonline.com. Senang, dapat points dan terus hantar ke office. Trylah baca, tak menyesal punya. Hehe.