Tips Corak Batik Tidak Luntur dari Zieyra Design Usahawan PeDAS

Berbual dengan Puan Radziah Mat Salleh, pemilik kepada Zieyra Design pengusaha dan pembekal kain pasang batik Kelantan, saya maklumkan yang Batik Sutera adalah antara baju yang susah untuk dijaga dan mahal! Mahal sebab every time pakai, kena hantar dry cleaning. Pernah ada sehelai baju batik yang warnanya luntur lepas dicuci tangan. Jadi beliau berkongsi tips corak batik tidak luntur dari Zieyra Design usahawan PeDAS atau Program E-Dagang Setempat yang dianjurkan oleh MDEC.

Klik sini untuk artikel tentang kain pasang batik Zieyra Design.

Tips Corak Batik Tidak Luntur dari Usahawan PeDAS

Tips pertama adalah CUCIAN TANGAN SAHAJA.

Jangan sesekali masukkan baju batik ke dalam washing machine! EVER! Hahaha saya dah belajar dari kesilapan. Batik biasanya datang dalam beberapa jenis kain, tapi tak kiralah kain cotton ke, kain sutera ke, kain crepe ke, janganlah masuk dalam mesin basuh. Lagi-lagi yang ada batu-batu tu, lagilah jangan buat.

Klik sini untuk mengenali pengusaha batik lukis Kelantan.

Kenapa tak boleh basuh dengan washing machine?

Satu, mesin basuh akan berputar secara laju untuk mengeringkan air selepas dicuci. Secara puratanya, washing machine spim selaju 800 rpm, atau 800 putaran seminit. Lagi tinggi nombor ini, lagi laju spin itu. Jadi bayangkan baju batik kita yang sutera tu dimasukkan ke dalam mesin? Habis hilang ulat sutera tu hahaha. 

Maksud saya, putaran mesin basuh tu akan membunuh baju kita menyebabkan baju kita rosak dan tak boleh pakai lagi. Dahla corak cantik, kain best, pastu boleh pakai sekali je. Haaaaaaalllaaaaaaah.

Tips kedua adalah BASUH DENGAN PELEMBUT KAIN SAHAJA.

Saya pernah basuh baju batik sutera dengan tangan dan menggunakan sabun basuh baju iaitu Dynamo. Then rendam sekejap dengan Softlan lepastu terus jemur. Apa jadi kat baju batik tu? KERAS baju tu. Lepastu bila gosok, kedut dia tak berapa nak hilang.

Rupa-rupanya, Puan Radziah pesan, boleh basuh dengan detergent atau sabun basuh, tetapi kena cari yang gentle detergent. Tak boleh guna sabun yang biasa, kena cari yang macam sesuai untuk baby.  

Tips ketiga adalah TERBALIKKAN BAJU SEBELUM MEMBASUH.

Tips ini kata Puan Radziah dari Zieyra Design adalah perkara paling penting, bukan sahaja dalam industri batik, malahan dalam industri tekstil. Sebelum mulakan proses pembersihan, semua pakaian yang berasaskan fabrik, perlu diterbalikkan untuk mengekalkan warnanya. Apa jua jenis fabrik, sutera, cotton, crepe, semua kena terbalikkan. Dan pesannya untuk batik, jangan jemur directly under the sun. Jemur  di tempat teduh yang berangin supaya warnanya tidak luntur.

Mana nak dapatkan Kain Pasang Batik Zieyra Design Usahawan PeDAS?

Facebook – Zieyra Design

Instagram – Zieyra Design

Website – Zieyra Collection

Alamat Kedai – PT 9961 Kg Kepas Apam Lati, 17000 Pasir Mas

Semoga bermanfaat membaca Tips Corak Batik Tidak Luntur dari Usahawan PeDAS ini.