Tips Kesihatan untuk Wanita 40-an
Tips Kesihatan untuk Wanita 40-an
Aduhhh sejak-sejak umur dah 40-an ni, makin terasa yang kita ni dah tua. Kali ini saya sakit dengan agak teruk. Bermula dengan demam dan asthma, saya ingatkan yang ianya akan beransur pulih tetapi tidak untuk kali ini. Kali ini saya demam panas yang berpanjangan ditambah dengan batuk berkahak yang menyebabkan saya kena ‘asthma attack’ sehingga 2 kali mengambil nebulizer! Ubat demam, selsema dan batuk (2 botol) beserta antibiotik (2 round) sampai dah habis makan pun masih belum sembuh sepenuhnya. Bila asyik sakit je tahun ni, saya pun cariklah tips kesihatan untuk wanita yang dah berumur 40-an ni. Dan ini yang saya dapat dari pembacaan saya.
Tips Kesihatan untuk Wanita 40-an yang pertama:
Sarapan setiap pagi.
Yaa kena sarapan pagi setiap pagi. Paling terperanjat bila baca kenyataan ni iaitu Metabolisma kita akan menurun 2% setiap 10 tahun! Patutlaaa sekarang ni senang naik berat tapi susah nak turunkan berat badan.
Dan kajian juga menunjukkan bahawa siapa yang bersarapan pagi setiap hari akan lebih mudah untuk turunkan berat badan dan dapat kekalkan berat tu lama-lama. Tapikan yang kelakarnya, saya sarapan setiap hari tapi makin bertambah je berat hehehe.
Tips Kesihatan untuk Wanita 40-an yang kedua:
Exercise.
Hmmm yang ni err… macam dah tahu je kan tapi nak buat tu yang berat hahaha. Katanya kena exercise at least 4 hari seminggu untuk 30 minit. Yang kelakar, dia siap ingatkan tak payah join gym semua. Bukak je Youtube dan cari 30 minute exercise for beginner. Hahaha betul jugak kan?
Tips Kesihatan untuk Wanita 40-an yang ketiga:
Mula makan vitamin D dan Kalsium.
Semakin kita berusia, semakin kita memerlukan makanan tambahan dan kita boleh mulakan dengan makan Vitamin D dan Kalsium. Vitamin D kena ambil yang 800 IU dan Kalsium pula 1,000mg setiap hari.
Tips Kesihatan untuk Wanita 40-an yang keempat:
Manage your stress!
Easier said than done. Yelah, kita ni kan super woman, we handle almost everything kan.. Kerja. Family. Husband. Anak-anak. Kitalah cikgu, doktor, pakar motivasi, polis, spy dan macam macam lagilah.
Apa yang boleh kita lakukan adalah having ME Time. Buat sesuatu yang menggembirakan dan menenangkan kita supaya kita boleh terus mengharungi cabaran setiap hari.
Antaranya seperti menikmati kopi panas di pagi hari di saat anak-anak dan suami masih tidur. Atau baca buku sementara dalam perjalanan ke pejabat. Banyak perkara kita boleh pilih untuk ME time itu.
Tips Kesihatan untuk Wanita 40-an yang kelima:
Makan PROTEIN untuk menaikkan mood dan juga kualiti ingatan kita.
Ini tips paling BEST untuk saya sebab saya memang suka protein. Tapi tak sangka kan protein macam ayam, daging “lean”, ikan, susu, kekacang dan soya. Cuma kena jaga portion dan cara masakan la kot kan. Tapi tak boleh overdose protein ya sebab ianya membahayakan kesihatan.
Saya rasa yang tips ini sangat bermanfaat kepada saya sebab memang terasa sangat kesihatan menurun sejak umur masuk 40 tahun. Tambah lagi sejak didiagnose dengan hypertention dan dah start makan ubat, jadi memang banyak limitasi dah tapi macam tak berapa kisah nak jaga makan dan bersenam.
Semoga saya konsisten dalam eatclean dan exercise dan menukar tabiat saya kepada healthy lifestyle. Ameen!
Semoga bermanfaat.