Tips Menemani Ibu Ayah semasa Temujanji di Hospital
Tips Menemani Ibu Ayah semasa Temujanji di Hospital
Tips Menemani Ibu Ayah semasa Temujanji di Hospital
1. Bawa buku/majalah/suratkhabar/tab.
– Akhbar The Sun diberikan percuma. Di PPUM, antara lokasinya adalah di Menara Selatan berhadapan dengan Kaunter Polis sebelum Lif.
2. Bawa powerbank.
– Bateri phone confirm habis punya dok scroll Soc Media atau baca E-book. Jangan harap ada plug point yang berdekatan untuk caj phone. Memang kena bawak powerbank.
– Tapi kalau terlupa, di Menara Selatan PPUM, ada mesin caj phone dengan bayaran RM2.00/jam. Dekat dengan Anjung Discaj, kalau dari pintu masuk tu selepas lif sebelum ATM. Hahaha siapa biasa ke PPUM sure tau kat mana. Oh kalau nak top-up Touch N Go pun boleh. Mesin Top-Up ada sebelah mesin caj phone tu.
3. Kalau di PPUM, lebih baiklah kita pinjam kerusi roda.
– Walaupun Mak Ayah boleh berjalan. Sebab jauh nak kena jalan dari Menara Selatan ke Menara Utama atau ke Menara Timur.
– Di Menara Selatan, kaunter kerusi roda berada betul-betul sebelum pintu besar Menara Selatan.
4. Bawa makanan dan minuman ringan.
– Untuk Mak Ayah dan juga diri. Bawa juga ubat kalau belum makan atau kena puasa.
Air masak. Kopi😁. Roti. Pastri.
– Kalau nak beli Nasi Lemak/Nasi Goreng, bawa bekas sendiri supaya mudah nak makan. Sudu Garfu pun bawa juga. Wipes jangan lupa. Tisu poket juga mesti ada.
5. Bawa shawl/selimut kecil/baju sejuk.
– Di PPUM aircond adalah baru maka suhu adalah sejuk.
6. Kenalpasti lokasi tandas terutamanya tandas OKU jika Mak Ayah berkerusi roda.
– Mudah untuk kita dan mereka. Lagi-lagi kalau sejuk, lagi cepat mereka nak ke tandas.
7. Rajinkan mulut untuk senyum dan bertanya.
– Soalan yang biasa saya tanya adalah “Nombor ni biasanya bilik berapa?”. Senang tunggu situ terus. Tapi kalau tersalah tempat menunggu, bersedialah untuk sprint😅 sambil cari bilik doktor.
8. Ambil tahu dan ambil tahu.
– Ubat apa Mak Ayah makan. Berapa kali sehari. Apa sakit Mak Ayah. Last appointment doktor cakap apa. Kalau bergilir teman Mak Ayah ke hospital, update dalam group famili untuk mudahkan adik-beradik seterusnya yang bawa. Biasakan dengan terminologi perubatan. Tak faham, tanya doktor terus.
– Tapi doktor di PPUM ni pesakitnya beratus. Jadi minta doktor tulis di kertas dan kita Google je sendiri.
9. Sabar, sabar dan sabar.
– Memang kena expect waktu menunggu adalah 2-3jam. Kadangkala lebih lama. Kalau boleh tidur, bergilirlah dengan Mak Ayah haha. Pegang kertas giliran tu supaya jiran nampak nombor dan boleh kejutkan kita bila tiba giliran.
Inilah masa kita berkhidmat untuk mereka. Walaupun penat, sakit badan menolak kerusi roda, tapi Ahkak memang suka teman Ayah (dahulu) dan Mak (sekarang).
#AhkakdanMak
#MomenDiHospital