Tragedi Rendang Ayam di Malam Raya 2016 dan Resepinya sekali.

Tahun ini beraya di PJ, jadi memang saya take over masak juadah hari raya.


Simple je juadah kami, iaitu Nasi Impit, Rendang Ayam, Lodeh, Sambal Kacang. Lepas tu adik saya akan bake cake, tahun ni dia pilih Carrot Cake dan Chocolate Cake.


Standby bahan-bahan untuk masak Nasi Minyak kalau tak cukup.


Sebabnya, family ayah cuma tinggal 2 beradik aje. Jadi rumah ayah menjadi tumpuan anak-anak saudara datang berziarah. Sejak 2-3 tahun ni, memang mereka datang Raya pertama.


Saya plan nak masak Rendang Ayam tu 3 ekor. Lodeh seperiuk besar. Sambal Kacang guna kacang tanah 1 kg. Nasi impit first batch saya masak 35 pek. Masa solat Aidilfitri nanti, masak lagi 35 pek mini.


Bahan-bahan semua saya dah beli dari Ahad lagi, sebab kedai runcit dekat dengan rumah saya tu, tutup hari Selasa. Rupa-rupanya, kita boleh order dulu, cuma pickup je Selasa tu. Tapi saya dah sesiap beli baru terbaca, so takpelah. Ada hikmah juga sebab suami kan ajak shopping Selasa tu.


Ayam 3 ekor tu saya mintak potong kecik, cakap kat makcik tu potong 20. Saiz dia macam kita potong ayam untuk buat sup tapi besar sikit. Serai, tempe, kacang panjang, santan, carrot, kobis, semua siap beli. Cuma terlupa tauhu je. Tapi takde pun takpe.


Bahan Sambal Kacang, saya beli asing sebab adik saya tak sempat. Biasanya memang dia yang masak Sambal Kacang ni, tapi saya dah sesiap Google resepi sebab takut dia busy baking cake.


Dah berbuka, solat semua, kami balik Shah Alam semula sebab Baju Raya tertinggal. Memang kalutlah malam raya kami kali ni. Nasib baik raya PJ, kalau raya Muar, memang merajuk saya. Hahaha.


Start masak dalam pukul 10.30 malam. Kali ni saya decide nak tumis sebab saya guna bawang agak banyak. Lagipun saya nak rendang ni tahan lama, so kena masak betul-betul.


Tumis dengan Noxxa ni senang je sebab sekejap je ON Stir Fry dah boleh mula tumis. Masuk semua bahan yang diblender macam bawang, halia, serai, cili kisar. Dah wangi, masuk ayam sebab nak kecutkan ayam tu. Ayam kan ada air sikit, so tips nak sedapkan masakan ayam ialah biarkan air ayam tu kering, baru tambahkan bahan lain.


Haaaaa, kat sinilah tragedinya. Lepas masuk ayam, saya biarkan nak bagi kering airnya.


Tapi, air ayam tu sangat banyak. Sekali tengok, macam saya masukkan air pulak.



Tengok tu, dah sama paras dengan ayam. Saya pun biarkan, tapi setengah jam berlalu, air ayam tu masih tak kering lagi. Ni belum masuk santan tau.


Saya tanya mak, boleh buang ke air tu? Tapi mak kata nanti rencah blender tu tak cukup pulak. Saya biarkan lagi 15 minit.


Tapi kering sikit je. Ish tak boleh jadi ni. Mak bagi cadangan masukkan kerisik awal. Masuk santan sekali kerisik sama garam gula semua.


So, saya ikut cadangan mak. Sebab saya tahu, kerisik memang akan keringkan rendang dengan cepat. Sepatutnya, kalau guna Noxxa, masa ni kita buat High Pressure (HP). Bagi ayam tu masak sekata but still juicy la.


Tapi bila terjadi macam ni, ayam tu dah masak sangat dah. Jadi saya decide tak payah HP. Biarkan aje kering guna Stir Fry (SF).


Dah pukul 12.30 malam, saya pun offkan SF dan on kan Warm/Reheat sepanjang malam tu. Supaya sempat kering malam tu.


Saya pun ambillah sikit nak rasa. Tapi agak pedas rendang kali ni. Jadi saya pun makan dengan Nasi Impit. Hehehe 3 ketul aje.


Saya ikut resepi dari Kak Azie dari Azie Kitchen.


Bahan bahan:
2 ekor ayam
1 kg bawang merah – hiris
3 labu bawang putih – hiris
4 inci halia – hiris
4 inci lengkuas – tumbuk
2 inci kunyit hidup – tumbuk
4 batang serai – titik
4 senduk cili kisar – ikut suka pedas
Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
4 kg santan
2 keping asam keping – ikut rasa
Garam
Gula
Daun kunyit – opsyenal
Sedikit kerisik – opsyenal utk warna gelap

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hiris serta serai sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan kunyit serta lengkuas yang ditumbuk. Tumis sehingga cili benar benar garing.

Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut. Masukkan sedikit santan cair bagi membolehkan ayam masak. Setelah itu, baru dimasukkan semua santan dan masak dengan api perlahan sahaja.

Akhir sekali, masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping secukup rasa. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak. Jika suka, boleh taburkan daun kunyit yang dihiris halus sebelum ditutup api.

Nota:
Setelah ayam masak, boleh keluarkan ayam terlebih dahulu dan masak bahan perencah sambil dikacau dengan api perlahan untuk menjadikan kuahnya berwarna agak gelap.