Ini pemandangan saya setiap pagi. Matahari naik di celah-celah bangunan yang tersergam indah dan tinggi.
Ini saya zoom kan gambar dari handphone. Masa ni berkabus sebab Sabtu petang tu hujan lebat giler, jadi malam tu agak sejuk dan alhamdulillah, pagi nya berkabus.
Bilik saya, pagi memang matahari masuk. Sampai ke katil sinarnya memancar. Kalau tutup langsir, nanti bilik saya jadi gelap dan suram, kena bukak lampu pulak.
So, apa yang saya buat adalah bukak langsir sepenuhnya. Jadi matahari memang masuk bilik. Saya tarik kerusi dan letakkan kat sebelah langsir tingkap. Jadi ada terlindung sikit dari matahari. Saya tarik jugak meja makanan tu ke depan kerusi. Tujuannya adalah untuk letak laptop. Samada surf internet ata tengok movie.
Masa warded ni, saya tak larat nak update blog. FB pun ringkas-ringkas je. Sebab bila saya terlalu banyak berfikir, saya pening kepala dan tekanan darah saya akan meningkat.
So saya cuma tengok movie, bloghop, baca novel. Atau paling simple saya tengok dunia. Tengok kehidupan yang berlaku di bawah.
Kat depan hospital ada Petronas yang besar di Kota Damansara, sebab ada Maybank dan Maybank-Drive-Thru dan juga A&W dan A&W-Drive-Thru. Kat situ juga ramai pengguna menggunakan kemudahan tandas dan surau yang ada.
Sebelah Petronas ni, ada kawasan lapang. Pagi-pagi ada gerai jual sarapan Malaysia macam nasi lemak dan lauk-pauk. Hari Sabtu tu, husband turun bawah dan beli nasi lemak untuk sarapan. Siap ada minuman panas lagi dan teh tarik memang favourite suami. Sedap jugaklah kata suami.
Jalan depan ni pun sibuk, terutamanya waktu balik sekolah iaitu dalam 3.00pm ke 4.00pm. Ada sekolah swasta Sri KDU dan SEGI College di sebelah hospital.
Saya siap nampak accident berlaku semasa hujan yang sangat lebat. Nasib baik hanya sat kenderaan sahaja, but still sebabkan sedikit jammed pada waktu puncak balik kerja.
Very relaxing la duduk sini. Selesa sangat walaupun tengah sakit.
Ini bilik Single Bedded di Tropicana Medical Centre. Gambar bawh ni saya ambil bersebelahan tingkap.
Nampak tak, dari tingkap ke pintu masuk tu jauh? Memang besar bilik ini.
Belakang tabir tu adalah toilet. Luas dan selesa. Ada hot water dan tekanan air pun laju.
Masa masuk ward tu dah pukul 12 malam. Tiba-tiba nurse datang bawak Milo, cawan kertas, termos air panas dan jag air sejuk.
Saya malam tu susah jugak nak tidur. So saya pun bancuh Milo suam dengan harapan Milo ni akan mudahkan saya tidur. Dapat jugak tidur tapi lepas 2 jam minum Milo. Masa sekolah rendah, everytime sebelum tidur, mak bancuhkan Milo suam. Jadi, bila minum Milo je mata mengantuk. Tu yang saya bancuh Milo tu.
Jag dan termos tu akan sentiasa ditambah airnya. Biasanya waktu pagi dan petang. Tapi saya, untuk air sejuk, kena tambah extra waktu tengahari sebab saya banyak minum masa siang hari. Kena mintak nurse tambahlah dan nurse pun masa hari kedua dah tahu, lepas inject antibiotik je akan ambil jag air tu.
Cleaner akan sapu dan mop dan cuci toilet sekali atau dua kali sehari sebab bilik saya tak kotor sangat.
Kat lobby, hanya ada Starbuck sahaja. Itupun kiosk dan only limited choices of menu, but still okaylah. Ramai juga yang lepak sini masa weekdays.
Ini menunya. Tried Chicken and Cranberry Mayo Sandwich. Sedap okay. Tak pernah makan cranberry dengan ayam, tapi memang sedap. Walaupun agak mahal, dalam RM8.25 untuk sandwich, tapi memang berbaloi sebab sedap dan sangat kenyang. Tengok tu, sampai sebut 3 kali sedap tu.
Ayam Mayo kan macam berlemak kan, tapi bila campur dengan buah cranberry tu, jadi berlemak manis-manis masam (tak kuat sangat). Sedaplah, should try it kalau on the go atau takde selera.
Ini hari ketiga, masa turun bawah hantar suami pergi kerja. Sekali bila naik, nurse datang bilik dan cakap, “Pergi mana tadi Puan? Doktor datang, tapi Puan takde kat bilik.”
Hehe nurse. Saya cuba berjalan sebab badan saya sakit.
Ada 7-Eleven tapi kat belah luar. Saya tak berapa larat masa awal-awal tu, jadi takdelah saya ke sana.
First floor, di kawasan Klinik Pakar, ada satu lagi food eateries iaitu Nyonya. Mee Kari sedap kot sebab baunya sangat kuat.
Lower Ground ada Cafetaria. Agak murahlah makanan dan sedap jugak. Hari Ahad suami beli sarapan di cafe sebab gerai nasi lemak tu tutup. Tengahari pun beli kat cafe dengan mak sekali, sebab mak tak larat nak masak. Murah kata mak sebab mak ambil ikan 2 ekor, sayur 2 jenis tambah dengan lunch suami, totalnya hanya RM12.00.
Very minimalist dan simple la hospital ni but served the purpose untuk warga Kota Damansara dan sekitarnya. Salah satu sebab saya pilih Tropicana Medical Centre adalah sebab dekat dengan rumah dan kadar biliknya (room rate) yang mampu dicover oleh insurans. Pilihan yang tepat juga sebab masa saya ke ER tu, tak ramai pesakit, cepat dirawat dan dapat bilik dengan cepat. Saya tak tahulah apa akan jadi kalau saya ke hospital yang biasa kami pergi sebab selalu ada masalah dengan bilik dan pesakit yang ramai.
Alhamdulillah.