Vaksin Dos Kedua – Astra Zeneca

63 hari selepas dos pertama pada 4 Jun 2021, maka semalam giliran saya untuk mendapatkan suntikan vaksin dos kedua – Astra Zeneca. Dalam rumah ini yang ada 5 orang, saya dan adik perempuan adalah orang pertama mendaftar untuk vaksin iaitu pada pendaftaran vaksin Astra Zeneca bulan Mac lalu. Saya orang kedua mendapatkan suntikan vaksin dos 1 selepas Mak. Tapi saya orang ketiga yang lengkapkan kedua-dua dos vaksin hehehe. Dan minggu depan, lengkaplah kesemua 5 orang ni dengan vaksin Pfizer (4) dan Astra Zeneca (1).

Baca tentang Vaksin Astra Zeneca yang beri perlindungan seumur hidup di sini.

Semalam, proses vaksinasi ni terlalu cepat sampai tak sempat nak nervous. Duduk pun tak sempat sebab cepat betul nombor giliran dipanggil.

Proses vaksin tu bermula dengan Scan MySejahtera. Tapi saya tersangkut kat sini sebab tak update Status Kesihatan dalam MySejahtera. Saya dah update semasa dalam perjalanan tapi agaknya line telefon tak stabil, jadi tak dapat update, dan lepas tu terus lupa.

Duduk tepi sekejap, sambil update dan kemudian pegawai RELA sahkan update tu dan terus dibenarkan masuk ke PPV. Kemudian scan suhu dan ambil nombor giliran dan borang persetujuan. Nombor giliran saya semalam adalah 573, terus masuk ke Stesen 1 untuk isi borang. Tak sempat nak habiskan isi borang, nombor giliran dah dipanggil untuk konsultasi dan pengakuan persetujuan di Stesen 2. Doktor sahkan yang waktu pemerhatian saya hanyalah 15 minit je, so lepas tu perlu ke Stesen 3 untuk suntikan vaksin. Memang tak sempat duduk pun dah kena panggil.

Di sini, kita kena scan barcode batch vaksin tu rekod. Then dengan lafaz Bismillah, saya masuk ke bilik suntikan. Tapi tak sempat rasa gemuruh pun sebab pegawai terus tanya butiran diri untuk pengesahan dan tunjukkan botol vaksin dan jarum suntikan.

“Okay puan, saya nak suntik ni ya. Tarik nafas” dan selesai dah. Hahaha. Sebab lepas saya takde orang, sempatlah berbual sekejap. Tanya kenapa tak ramai orang? Rupanya semenjak 2 Ogos 2021, PPV UM hanya dibuka untuk Dos kedua sahaja jadi memang tak ramai orang dah. Tapi masa dos 1 pun PPV UM memang tak ramai orang pun. Tapi proses pun memang teratur dan pantas cuma masa konsultasi dos 1 tu lama sikit sebab banyak soalan hehehe.

Lepas dah siap bersembang, pergi ke ruang menunggu untuk selesaikan proses vaksinasi iaitu scan MySejahtera untuk dapatkan sijil vaksin! Dan juga kat sini kena serahkan kad vaksin tu untuk mereka isikan data. Kat sini saya baru sempat tengok telefon dan jawab mesej adik yang tunggu kat luar tu. Dia pun terkejut sebab dah siap cucuk padahal baru je masuk PPV.

15 minit masa pemerhatian tu saya habiskan masa dengan check media sosial dan jawab mesej berkaitan kerja dan lain-lain. Lega betul dah masa ni.

Alhamdulillah inilah usaha kami dalam melindungi diri dan keluarga dan masyarakat. Insyaallah.

Kesan sampingan dos pertama tak lah teruk sangat, cuma demam – 3 orang. Batuk selsema – 1 orang. Lenguh dan sakit lengan – 4 orang dengan 1 orang lengannya bengkak.

Cuma ada 1 persamaan antara kami iaitu semuanya LAPAR lepas vaksin hahaha. Agaknya semua nervous masa sebelum vaksin, jadi bila lepas suntikan, semua dah lega baru teringat yang kami ni belum makan.

Kelima-lima kami pergi ke Pusat Vaksinasi yang berbeza – PPV Sunway Pyramid, PPV UM, PPV Vision College, PPV Tropicana Gardens dan PPUM.

So now, satu usaha dah selesai iaitu Vaksin. Yang masih berterusan adalah SOP pemakaian mask (double masks), sanitize tangan atau basuh tangan dengan sabun serta duduk rumah sahaja.

Baca tentang Daily Journal – Habit of Successful People di sini.