Yoga sebagai pilihan lebih sihat



Yoga sebagai pilihan lebih sihat.

Saya baru berjinak-jinak dengan yoga. Saya pilih yoga berbanding Tabata, HIIT, LIIT dan lain-lain atas sebab consistency. Juga atas faktor kesihatan iaitu anemia and heart palpilation. Juga faktor saiz badan hehe. Dan stamina. Jadi Yoga ddipilih adalah sebagai pilihan yang lebih sihat.

Yoga lebih tenang. Lebih mudah untuk ikut. Simple je pergerakan dia. Tapi janganlah memandang rendah terhadap yoga ni, macam saya dulu-dulu hahaha. Ingat senang dan ringkas je, tapi memang best aktiviti ni. Walaupun hanya 5 minit, berpeluh jugalah, tapi maybe sebab baru mula kan, cepat je lah peluh keluar.

Tujuan utama adalah untuk buat aktiviti yang menyihatkan badan. WFH ni memang banyak duduk je. Nasib baik lah rumah 2 tingkat, ada juga aktiviti naik tangga tapi sangatlah sedikit. Tapi masih tak cukup. Saya pulak tak rajin mengemas, mengvakuum dan mengemop. Sikit-sikit je. Cuma suka memasak, membasuh pinggan gitu-gitu je.

Mengikut bacaan dari Wikipedia, yoga berasal dari India. Dan ianya fokus kepada pernafasan (breathing exercise) dan asanas (postur badan) serta meditasi untuk mengurangkan stress, meningkatkan imuniti dan lung functions.

Terdapat tiga (3) peringkat di dalam yoga tradisional. Peringkat pertama adalah SENAMAN. Peringkat kedua adalah MANTERA (Chants) dan Pemujaan. dan peringkat ketiga adalah penyatuan diri dengan tuhan.

Namun, pada 2008, Majlis Fatwa Kebangsaan telah menetapkan bahawa YOGA ADALAH HARAM! Umat Islam dilarang mengamalkan yoga secara sistematik, yang melibatkan unsur-unsur fizikal dan spiritual kerana ia bertentangan dengan syariat Islam.

Tetapi amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga, tanpa adanya unsur-unsur mentera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan.

So physical part is okay but the the chants and others tu tak boleh ya.

Saya suka dengan Sarah Beth Yoga. Movement yang ditunjuk oleh beliau sangatlah jelas dan ditambah dengan voice over yang terang dan berkualiti tinggi. Sometimes saya guna laptop untuk tonton. Adakalanya guna handphone saja kalau di luar bilik. Mudah dan takde alasan nak mengelat tak buat eksesais hahaha. Saya tonton di Youtube saja dan bermula dengan program PERCUMA selama 7 hari selama 10 minit sahaja.

Sarah Beth Yoga Logo, HD Png Download , Transparent Png Image - PNGitem

Baca review buku yang saya baca di sini – Devine Evil by Nora Roberts

Apa yang saya rasa setelah beryoga?

Firstly, saya rasa gembira sebab dapat commit kepada rutin. Bangga sebab saya masukkan exercise dalam jadual dan dapat selesaikannya dalam masa 10 minit. Lepas program 7 hari tu, saya pilih mana-mana video di channel SarahBethYoga tu. Kalau terasa nak buat yang Weight Loss, saya buat. Or just nak stretching, atau nak hilangkan stress. Saya tak tetapkan video mana yang wajib. Ikut keadaan saya. Tapi saya nak commit kepada playlist untuk Weight Loss. Saya dah try tapi rasa macam dah level Intermediate, so saya tengok je dulu hahaha.

Another kelebihan yang saya dapat adalah dapat berpeluh. Yang bestnya, bila berpeluh, saya rasa gembira dan lebih fokus untuk aktiviti seterusnya. Sebarang aktiviti sukan akan membuatkan otak mengeluarkan pelbagai jenis bahan kimia yang bukan sahaja dapat membantu kita berehat tetapi juga menurunkan tahap stress dan anxiety termasuk, asid gamma-aminobutyric (GABA), dopamin, oxytocin, serotonin, dan endorfin.

But please remember that Yoga yang disertai dengan MANTRA dan PEMUJAAN adalah diharamkan. Saya cuma buat senaman sahaja yang lebih kepada cara deep breathing dan juga stretching asanas sahaja. Antara sebab saya suka SarahBeth Yoga adalah mereka hanya tunjukkan senaman tanpa mantra kecuali di posisi akhir tu ada 1 ayat je but I ignore dan pekakkan telinga je sambil bersyukur kepada Allah sebab beri saya peluang untuk bersenam dan menjaga harta pemberian Allah dengan baik, walaupun terlambat.

Ini link untuk membaca fatwa Jabatan Mufti Negeri Selangor tentang Yoga.

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *