Batik merupakan satu seni kraftangan dan ianya telah diiktiraf sebagai pakaian kebangsaan Malaysia. Dalam usaha untuk menyokong dan memartabatkan industri batik di Malaysia, Kerajaan Malaysia telah mewajibkan kakitangan kerajaan untuk memakai pakaian berasaskan batik pada tahun 2005 pada setiap 1 haribulan dan 15 haribulan setiap bulan. Namun pada tahun 2008, pemakaian batik telah ditetapkan pada setiap hari Khamis setiap bulan dan ini telah merancakkan industri batik Malaysia. Atas sebab inilah seorang usahawan PeDAS yang merupakan pengusaha batik lukis Kelantan turut sama menyokong usaha kerajaan Malaysia. Mari kita berkenalan dengan Zieyra Design Pengusaha Batik Lukis Kelantan usahawan PeDAS ini.

Baca tentang kain pasang batik Zieyra Design di sini.

Siapa Zieyra Design Pengusaha Batik Lukis Kelantan?

Zieyra Design adalah antara pengeluar dan pembekal batik lukis dari Kelantan yang terkenal. Bermula sebagai hobi di masa lapang, Puan Radziah Mat Salleh telah mengambil keputusan untuk fokus kepada perniagaan batik lukis Kelantan dan berazam untuk membawa kain pasang Batik ke luar Kelantan dan seterusnya ke pasaran antarabangsa.

Pengusaha Batik Lukis Kelantan usahawan PeDAS

Mengapa Zieyra Design berbeza?

Satu perkara yang saya suka tentang batik lukis ni adalah coraknya. Agak sukar untuk bertemu dengan corak yang exactly the same kalau kita beli kain pasang batik canting. Sebab itu saya suka dengan Zieyra Design ni. Mereka memfokuskan kepada corak-corak kontemporari tetapi masih mengekalkan keunikan batik Kelantan.

Sekiranya pelanggan mempunyai corak batik tersendiri, Zieyra Design boleh melukis semula corak-corak tersebut mengikut citarasa pelanggan. Jadi mudahlah syarikat yang inginkan menempah logo syarikat untuk disemadikan di dalam corak batik. Ataupun jika ada pengantin perempuan yang inginkan bridesmaids memakai sedondon kain pasang batik semasa hari persandingan tapi tak mahu coraknya sama dengan yang ada di pasaran, pun boleh tempah juga. Atau masa Raya nak corak Superheroes ke hahaha, boleh jer mintak Zieyra Design buatkan.

Yang penting, Zieyra Design menjanjikan keunikan pada setiap helai kain pasang batik yang mereka keluarkan. Dan satu lagi kelebihan mereka adalah mereka boleh melukis batik mengikut saiz kain yang pelanggan mahukan.

Kain pasang batik ni bukanlah macam kain biasa. Walaupun biasanya kain pasang ni sepanjang 4 meter, tetapi disebabkan corak-corak batik tu ada kepala batik, kaki batik dan badan batik, tukang jahit perlu pandai “curi kain”, especially untuk yang berbadan besar macam saya. Kalau tak pandai, memang kain kena tambah kat atas atau baju kena pendek. And baju batik memang tak cantik kalau bajunya pendek atas lutut pemakai.

Untuk mengatasi masalah ini, Zieyra Design menjanjikan yang kain pasang batik mereka ini boleh dicustomized mengikut pilihan pelanggan. Maknanya kalau perlu lebih 4 meter, bisa diatur. 

Baca Tips Agar Corak Batik Tidak Luntur di sini.

PeDAS?

Facebook – Zieyra Design

Instagram – Zieyra Design

Website – Zieyra Collection

Alamat Kedai – PT 9961 Kg Kepas Apam Lati, 17000 Pasir Mas